iklan

Friday, 12 June 2015

1'st Giveaway by Murni Alysa


Assalamualaikum..

Cik Dila ber GA lagiii.. tq kat Cik Murni sebab ajak cik Dila join GA yang dia buat.
Seperti kebiasaan la, cik Dila join je setiap GA yang rakan blogger buat.. Kalah atau menang tu belakang kira yang penting niat kita nak memeriahkan..

klik untuk join
Cik Dila nak tag :
sis Shida
and 
sis Eyra

Selain daripada nak memeriahkan, OPKOSSS la cik Dila nak menang vitamin C shaklee.. "Saya mahu mencuba Vitamin C ini kerana TERUJA nak lihat kesan yang superbb pada kulit saya".. cehhh,ayat skema dari cik Dila... Tapi memang betul la sebab nak test sejauh mana berkesan nya vitamin C yang jadi bualan ramai ni.

Tapi korang jangan salah faham pulak. Vitamin C ni bukan untuk cantik semata-mata ye. Banyak lagi manfaat lain tapi kalau dah lain-lain sihat, MESTI lah terpancar dari kulit wajah yang cantik and glowing je.. tak gitu???

Membantu pembetukan kolagen 
  • Iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya akan lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Serta luka pun cepat sembuh kerana Vitamin C ini akan membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Memperbaiki simptom pendarahan 
  • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah. Mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.


Peningkatan sistem imun 
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu atau selsema. Penghidap sakit asthma, sangat-sangat disarankan mengambil Vitamin C dalam diet seharian.


Detoksifikasi 
  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksid menjadikan ia tidak bahaya pada buah pinggang dan ia dapat dinyahkan dari badan dengan mudah. Mereka yang merokok sepatutnya menjadikan vitamin C sahabat baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


Berperanan mengeluarkan hormon anti-stress dan pengeluaran interferon (hormon fungsi imun)
  • Mengikut doktor Bruce Miller, "The more you stress,the more you need vitamin C". Dan kita tahu, stress boleh memusnahkan Vitamin C didalam badan kita. Dan kekurangan vitamin C, sistem keimunan badan akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C
  • Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C adalah umpama gam melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan tidak mudah terkoyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit, disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih tinggi untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
p/s: harap-harap rezeki cik Dila ade la untuk try Vitamin C ni ye..hehe