iklan

Friday, 12 June 2015

1'st Giveaway by Murni Alysa


Assalamualaikum..

Cik Dila ber GA lagiii.. tq kat Cik Murni sebab ajak cik Dila join GA yang dia buat.
Seperti kebiasaan la, cik Dila join je setiap GA yang rakan blogger buat.. Kalah atau menang tu belakang kira yang penting niat kita nak memeriahkan..

klik untuk join
Cik Dila nak tag :
sis Shida
and 
sis Eyra

Selain daripada nak memeriahkan, OPKOSSS la cik Dila nak menang vitamin C shaklee.. "Saya mahu mencuba Vitamin C ini kerana TERUJA nak lihat kesan yang superbb pada kulit saya".. cehhh,ayat skema dari cik Dila... Tapi memang betul la sebab nak test sejauh mana berkesan nya vitamin C yang jadi bualan ramai ni.

Tapi korang jangan salah faham pulak. Vitamin C ni bukan untuk cantik semata-mata ye. Banyak lagi manfaat lain tapi kalau dah lain-lain sihat, MESTI lah terpancar dari kulit wajah yang cantik and glowing je.. tak gitu???

Membantu pembetukan kolagen 
  • Iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya akan lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Serta luka pun cepat sembuh kerana Vitamin C ini akan membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Memperbaiki simptom pendarahan 
  • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah. Mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.


Peningkatan sistem imun 
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu atau selsema. Penghidap sakit asthma, sangat-sangat disarankan mengambil Vitamin C dalam diet seharian.


Detoksifikasi 
  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksid menjadikan ia tidak bahaya pada buah pinggang dan ia dapat dinyahkan dari badan dengan mudah. Mereka yang merokok sepatutnya menjadikan vitamin C sahabat baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


Berperanan mengeluarkan hormon anti-stress dan pengeluaran interferon (hormon fungsi imun)
  • Mengikut doktor Bruce Miller, "The more you stress,the more you need vitamin C". Dan kita tahu, stress boleh memusnahkan Vitamin C didalam badan kita. Dan kekurangan vitamin C, sistem keimunan badan akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C
  • Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C adalah umpama gam melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan tidak mudah terkoyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit, disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih tinggi untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
p/s: harap-harap rezeki cik Dila ade la untuk try Vitamin C ni ye..hehe

Monday, 8 June 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com



Assalamualaikum..

GA lagiiiii..makk aii.. update blog dengan join GA je..hihi.. Jom pakat-pakat join ye. Support usaha members blogger ni..kita baca blog dia,nanti dia baca blog kita.. At least sama-sama dapat menambah ilmu yang tak seberapa ni..


giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
Klik ye untuk join

Kalah menang tu belakang kira yang penting semangat and niat nak memeriahkan tu penting.. Kalau menang, REZEKI.. kalau kalah, CUBA LAGI..hehe


p/s: harapan semoga ada rezeki cik dila..boleh la topup cikit untuk beli baju raya kat kakak aimy and boboy..xoxo

Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy


Assalamualaikum..

cik Dila join G.A lagiiii...jom ramai-ramai kita meriahkan GA yang rakan-rakan blogger ni. Menang or kalah belakang kira yang penting semangat nak support usaha or inisiatif kawan-kawan tu. kalau menang REZEKI, kalau kalah CUBA LAGI..hehe


Giveaway 2015, Jun 2015, Bicara Mummy


GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Sempena bulan ulang tahun perkahwinan ke 3 tahun kami. 

Kami mengadakan simple giveaway yang mudah untuk di menangi. Hanya ikuti syarat Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy :

1) Buat satu blogpost entri 'Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

2) Follow / Add :

3. Tinggalkan komen di sini



SENARAI HADIAH :



Wang Tunai RM5 + Slazenger All In One World Wide Universal Adaptor x 1 pemenang 



Wang Tunai RM5 + Tudung Bawal Satin x 1 pemenang




Tudung Bawal Gucci x 1 pemenang



RM10 (wang tunai) x 4 pemenang


Perfume tanpa alkohol yang mampu bertahan 4-5 jam x 1 pemenang

TARIKH GIVEAWAY :
5 JUN  2015 ~ 14 JUN 2015 (11.59 MALAM)






PENGUMUMAN PEMENANG:
19 JUN 2015

JAM : 3 PETANG 


Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yag telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai  ''Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '






MOMMY'SIGNATURES 1st Giveaway by EyraSaha


Assalamualaikum..

klik banner untuk join
Jom sesame cik Dila meriahkan G.A Mommy ni.. Teringin nak try cheezy kek tu.. Nampak melting jer tapi aktiviti mengepos untuk kek cheese ni cam tak tahan lama je..hihi


PETUA TURUNKAN DEMAM KUNING MENDADAK


Assalamualaikum..

Rindunyerr cik Dila nak menaip kat blog yang dah berbulan-bulan cik Dila tinggal ni.Cik Dila bercuti dari mengadap laptop sebab melahirkan my second baby...gender???.. tadaaaaa...baby BOY..so,alhamdulillah,dah dapat sepasang.

Bersalin anak kedua dah kurang sikit rasa nevess..but rasa sakit opkoss still ade..kalau tak ade rasa sakit, mau nyer orang ade sampai 10 or 11 orang anak.ye idakk?? tapi yang ni cik Dila tak banyak contraction..tau-tau bukaan dah 5cm and dah kene tolak masuk labour room. sadisnya sebab tak sempat langsung nak tunggu mr.H and dia tau-tau cik Dila dah selamat bersalin..

Esoknye cik Dila boleh discaj..alhamdulillah,horayyy boleh balik rumah n jumpa kakak aimy..so,kitorang pun inform la nurse JM terdekat untuk buat lawatan rumah (LR)..bila nurse datang,dia cakap boboy ade kuning..adehhh!!! Dia suruh bawak pi klinik untuk ambik darah..hurm,kesian boboy umi!!

1st day cik Dila pi ngan mak n Mr H bawak sekali aimy. Mak cik Dila masuk time nak ambik darah.kemain lagi sedih dengar boboy nanges...di pendekkan citer,benda ni berterusan hingga 18hari..selang seli boboy kena ambik darah kat kaki..n cik Dila akan nanges bila dengar boboy nanges.

So, kitorang nekad cari cara nak turunkan jaundis pada boboy..sebab dah tak sanggup nak dengar tangisan sakit kesayangan umi ni.

Petua:
1. Air anggur hitam.titiskan ke mulut baby
2. Mandikan dengan pokok dukung anak
3. Perahan air sengkuang cina,titiskan ke mulut baby
4. Madu asli,leret kan di bibir baby dan selawat 3x
5. Lapik tempat tidur baby dengan daun pandan.. tapi pastikan daun tu dah bersih betul2 ye

Semua petua tu memang yang cik Dila try,so boleh la share..klu ade lg,boleh la tambah kat komen.. Tapi sebaiknya ibu-ibu amalkan pemakanan sihat bermula dari awal mengandung ye. InshaAllah,boleh mencegah demam kuning or jaundis pada baby anda. Seeloknya amalkan pemakanan sunnah seperti QASEH GOLD ADINDA..