iklan

Tuesday, 13 January 2015

Review: HoneyMania by The Body Shop buat suami 'melekat'


Assalamualaikum..

Semangat nak update blog datang lagi sempena tahun baru ni.. Lagi-lagi bulan Januari bulan kelahiran cik Dila. Exciteddd terlebih walaupun angka makin meningkat.

Bulan lepas, perfume CH dah habis.. So, kitorang pun pi ler ke Jusco Bandaraya dengan keinginan untuk shopping perfume CK One yang biasa CH sembur kat badan dia. Kitorang bajet dalam RM200 ke bawah je sebab dah lupa harga nya berapa and CH tak suka membazir, janji bau wangi jer katanya.

Tapi, bila dah survey, mak aiii.. terlajakkk mahal la! So, CH cakap jalan-jalan dulu la untuk cari yang bawah dari bajet kitorang tu. Bila dah pusing-pusing 1 mall tu.. Cam biasa la, mak buyong dah lapar and tak larat. Dah la Aimy pun dah habis bekalan makanan, mula la tak duduk diam and tak dengar cakap.

Kitorang turun bawah dengan niat nak gi makan kat KFC or A&W.. Tetiba cik Dila nampak The Body Shop and teringin nak try perfume lelaki sebab sebelum ni cik Dila beli yang perempuan je. CH pun excited jer try perfume and harga tak la mahal sangat. Below our budget..

Sebelum bayar tu, CH tanya nak apa-apa tak?? Macam orang mengantuk di sorongkan bantal, cik Dila angguk laju..nak body shower la yang! Pi la pilih, cakap CH yang cik Dila paling suka nak dengar.

Sebelum ni cik Dila pernah guna yang strawbery and ocean.. tapi tu dulu, zaman dok study kat UiTM lagi. Lepas dah cium semua bau, yang melekat kat hidung kembang cik Dila ni ialah HoneyMania. Bau dia memang fresh uolls.


Cik Dila pakai malam-malam special jer.. saja nak berwangi-wangi time CH ade. Kalau tak, cik Dila guna Dettol je la.. Harga shower HoneyMania ni RM29.90.. Tapi memang CH asyik nak dok dekat jer bila cik Dila pakai shower ni..Ehemmm!! Cik Dila pun rasa fresh je..

Tq ye for reading contengan cik Dila..boleh ler KLIK!!