iklan

Saturday, 10 January 2015

Banjir 2014: Hati TERCUIT


Assalamualaikum...

Hye all..cik dila menyepi agak lama..kenapa?? Sebab terlalu risau dengan keadaan banjir di kampung halaman yang tercinta..risau memikirkan mak ayah cik dila yang tinggal berdua di kampung dengan rangkaian telefon dan elektrik yang terputus.


Hati cik dila tercuit dan tertampar melihat gambar mangsa banjir..lebih-lebih lagi anak kecil yang masih belum mengerti. Cik dila membayangkan kalau Aimy dan cik dila sendiri dalam situasi itu..  ya Allah,mencurah airmata turun tanpa di jemput menuruni pipi gebu gebass cik dila..

Aimy,dia memang anak yang tidak mengerti..hari-hari mulutnya mahu disuapi tanpa henti.bagaimana jika dia yang menjadi budak malang yang menangis meminta susu dan roti?? Bagaimana jika dia menjadi anak yang di dodoi di dalam kotak bukan di dalam buai??

Bersyukur lah sayang.. hidup mu lebih baik dari mereka yang terpaksa melalui keperitan. Bersyukurlah kerana kamu tidak perlu di gigit pacat dan mendengar bunyi cengkerik yang nyaring.. Aimy masih mampu bergelak di saat kanak-kanak malang di Manik Urai hanya menangis minta di suapi makanan tapi yang boleh di makan hanya daun kayu.. Ohh,memang sedihh!!!

Harapan dan doa cik Dila, bertabah la wahai insan yang di duga kerana Allah telah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita semua. Bukan kesenangan yang kita damba tapi keinsafan dan kesedaran dari setiap peristiwa..