iklan

Tuesday, 13 January 2015

Review: HoneyMania by The Body Shop buat suami 'melekat'


Assalamualaikum..

Semangat nak update blog datang lagi sempena tahun baru ni.. Lagi-lagi bulan Januari bulan kelahiran cik Dila. Exciteddd terlebih walaupun angka makin meningkat.

Bulan lepas, perfume CH dah habis.. So, kitorang pun pi ler ke Jusco Bandaraya dengan keinginan untuk shopping perfume CK One yang biasa CH sembur kat badan dia. Kitorang bajet dalam RM200 ke bawah je sebab dah lupa harga nya berapa and CH tak suka membazir, janji bau wangi jer katanya.

Tapi, bila dah survey, mak aiii.. terlajakkk mahal la! So, CH cakap jalan-jalan dulu la untuk cari yang bawah dari bajet kitorang tu. Bila dah pusing-pusing 1 mall tu.. Cam biasa la, mak buyong dah lapar and tak larat. Dah la Aimy pun dah habis bekalan makanan, mula la tak duduk diam and tak dengar cakap.

Kitorang turun bawah dengan niat nak gi makan kat KFC or A&W.. Tetiba cik Dila nampak The Body Shop and teringin nak try perfume lelaki sebab sebelum ni cik Dila beli yang perempuan je. CH pun excited jer try perfume and harga tak la mahal sangat. Below our budget..

Sebelum bayar tu, CH tanya nak apa-apa tak?? Macam orang mengantuk di sorongkan bantal, cik Dila angguk laju..nak body shower la yang! Pi la pilih, cakap CH yang cik Dila paling suka nak dengar.

Sebelum ni cik Dila pernah guna yang strawbery and ocean.. tapi tu dulu, zaman dok study kat UiTM lagi. Lepas dah cium semua bau, yang melekat kat hidung kembang cik Dila ni ialah HoneyMania. Bau dia memang fresh uolls.


Cik Dila pakai malam-malam special jer.. saja nak berwangi-wangi time CH ade. Kalau tak, cik Dila guna Dettol je la.. Harga shower HoneyMania ni RM29.90.. Tapi memang CH asyik nak dok dekat jer bila cik Dila pakai shower ni..Ehemmm!! Cik Dila pun rasa fresh je..

Tq ye for reading contengan cik Dila..boleh ler KLIK!!

Sunday, 11 January 2015

Give Away Blog Eny Abdullah

Blog Eny Abdullah.



Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....



1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 










1st Giveaway by Mass-Naim


Assalamualaikum..

Hye all.. cik Dila terrrr joinn GA by Mass-Naim bila mata ni tak nak pejam walaupun Aimy dah di buai mimpi indah. Maybe sebab 'orang kat dalam' ni dok sibuk main roller coaster kot.. Jom semua kita serbu blog sis Mass-Naim and join  GA best ni..




Syarat-syaratnya sangat simple



>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.



>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 



>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.



>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "



>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.



>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.



>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org



>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.



Senarai hadiah :



** Cathy Choo 24k Active White Gold

Top Referral - 1 x Pemenang



** Shawl

3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga



** Topup RM5

2 x Pemenang Saguhati


Mari join beramai-ramai (^_^)



So, Good Luck semua =)



Saturday, 10 January 2015

New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ


Assalamualaikum..

Hye all..cik dila kembali untuk tahun baru..ni entry 1st yang cik dila tulis untuk tahun 2015, yang sebelum ni publish 2015 tapi tulis 2014.. setahun bersadai..huhu.



Klik sini untuk join

Cik Dila kembali dengan semanagat baru untuk join New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ. Kenapa nak joinn??
Actually, cik Dila tengah mencari produk muka yang berkesan untuk cik Dila guna selepas bersalin. Almaklum ler, time preggy ni memang tak jaga kulit muka langsung.. Nasib baik la CH tak komplen pape pasal muka cik Dila yang macam 'moon' ni. *nampak cantik dari jauh,bila dekat berlubang-lubang*

Mengapa cik Dila harus menang GA ni??

Cik Dila harus menang rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ni sebab cik Dila nak kulit muka cik Dila berseri-seri cam 'anak dara' balik uolls.. Nak nampak fresh cam susu kambing yang baru di perah.. Eh, susu fresh ke?? And lagi satu, winner tu cik AJ nk announce on same date dengan birthday cik Dila, tu yang buat cik Dila terrrrr 'excited' nak join.. kot ler boleh jadi besday gift cik Dila..(^_^)


"Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana......."

Cik Dila nak kembali menjaga kulit wajah cik Dila yang nampak muram dan tak bermaya ketika hamil kecuali ada seri 'mak buyong' jer dan Eversoft Skinz memang sudah menjadi bualan ramai tentang keberkesanannya. Semoga cik Dila boleh menjadi salah seorang pengguna yang berjaya untuk menjadi ummi yang kekal cantik di tahun 2015 dengan Eversoft Skinz. Insha Allah.


Harap-harap cik Dila dah memenuhi semua syarat GA cik AJ ye. Kalau cik Dila dapat menang produk ni, boleh ler repair wajah masa berpantang. Anyway, menang ke tidak dah jadi perkara kedua, yang penting cik Dila dah berjaya support GA yang rakan-rakan blogger anjur kan.. Tahniah n TQ ye cik AJ sebab buat GA ni..



Banjir 2014: Hati TERCUIT


Assalamualaikum...

Hye all..cik dila menyepi agak lama..kenapa?? Sebab terlalu risau dengan keadaan banjir di kampung halaman yang tercinta..risau memikirkan mak ayah cik dila yang tinggal berdua di kampung dengan rangkaian telefon dan elektrik yang terputus.


Hati cik dila tercuit dan tertampar melihat gambar mangsa banjir..lebih-lebih lagi anak kecil yang masih belum mengerti. Cik dila membayangkan kalau Aimy dan cik dila sendiri dalam situasi itu..  ya Allah,mencurah airmata turun tanpa di jemput menuruni pipi gebu gebass cik dila..

Aimy,dia memang anak yang tidak mengerti..hari-hari mulutnya mahu disuapi tanpa henti.bagaimana jika dia yang menjadi budak malang yang menangis meminta susu dan roti?? Bagaimana jika dia menjadi anak yang di dodoi di dalam kotak bukan di dalam buai??

Bersyukur lah sayang.. hidup mu lebih baik dari mereka yang terpaksa melalui keperitan. Bersyukurlah kerana kamu tidak perlu di gigit pacat dan mendengar bunyi cengkerik yang nyaring.. Aimy masih mampu bergelak di saat kanak-kanak malang di Manik Urai hanya menangis minta di suapi makanan tapi yang boleh di makan hanya daun kayu.. Ohh,memang sedihh!!!

Harapan dan doa cik Dila, bertabah la wahai insan yang di duga kerana Allah telah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita semua. Bukan kesenangan yang kita damba tapi keinsafan dan kesedaran dari setiap peristiwa..