iklan

Tuesday, 18 August 2015

MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM


Assalamualaikum.

GA by akak sheetah. jom pakat-pakat support. mana tahu rezeki dapat la spray perfume simplysiti tu.


klik untuk join

5 Ciri Tinted Magic by MAGIC GLOBE


Assalamualaikum..

Hari ni cik Dila cuba jugak mencuri sikit masa untuk hupdate blog tak seberapa ni.. Nak habaq mai kat korang tentang TINTED MAGIC.

1. Tinted Magic Tanpa Gam
Sebelum ni bila kita pi tinted kereta, tinted yang diorang guna ada gam. Sekarang, evolusi baru untuk tinted, tiada gam. So, tak perlu nak tunggu 8jam ke 2 hari ke untuk guna power window..  Maksud bahasa senang, lepas pasang tinted magic ni, kita boleh wat turun naik terus cermin tu..

2. Pilihan Warna Menarik
Haa, banyak pilihan warna yang boleh pilih ikut citarasa kita. cik Dila ambik yang black 75% je. Korang pulak suka yang mana?? Boleh calling cepat sementara stok masih ada.. Tinted ni mengalahkan goreng pisang cheese panas tau!!

3. Senang di Buka dan di Pasang
Lagi satu nak bagitau kat korang, tinted magic ni senang untuk di buka bila korang rasa boring dan senang nak pasang balik bila korang rasa suka. sebabnya?? sebab tinted ni tak ada gam la. Tak payah nak bawak pi kedai pun, tolak sikit dengan kuku, terus tarik dan simpan. Bila nak pasang, spray air kat cermin dan letak tinted. SETTLE!! tu cik Dila bagi contoh la.



4. Murah
Ehh, dah cerita banyak sampai lupa nak habaq harga.. Harga tinted ni tersangat murah dan BERBALOIII-BALOI..Kalau korang pi pasang kat kedai, confirm-confirm kena ready duit dalam RM200. Tapi tinted ni jauh lagi murah. Nak tahu berapa, contact la nombor tu.

5. Size 50cm x 300cm
yang ni cik Dila tak berapa nak expert sangat. Yang cik Dila tahu, ukuran ni cukup untuk 4 cermin sisi kereta  sedan. Kalau korang nak pasang di kereta MPV, korang kena contact person in charge la. Diorang memang expert dari cik Dila ni..

Banyak lagi yang cik Dila nak habaq mai kat korang tentang TINTED MAGIC ni tapi Aimy dah datang nak tolong menaip sekali. Nanti cik Dila share lagi okeyh..

Monday, 17 August 2015

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015



Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 


Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Shalminadya | Missakuradiary | Aderakukeysah  
Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana |  


2. Wajib Like Fanpage Sponsor













3. Follow  Instagram Sponsor


5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

Friday, 14 August 2015

Cara memujuk anak senang makan ubat


Assalamualaikum..

Anak-anak memang susah or sukar nak makan ubat. Almaklum ler, ubat ni memang pahit. Cik Dila sangat-sangat akui tu sebab cik Dila pun antara orang yang susah nak makan ubat ni.. 

1. Pujuk dengan kata PUJIAN..
Kita harus beri anak-anak kata pujian. Contoh "kakak ni pandai la,jom makan ubat ni.. kalau kakak makan ubat ni, kakak memang anak umi yang sangat pandai.." and setiap kali cik Dila guna ayat macam ni, laju je Aimy datang makan ubat dia.

2. Beritahu KEBAIKAN ubat
Tugas yang penting untuk fahamkan anak-anak tentang ubat. Macam kita juga, mereka pun tertanya-tanya kenapa dia perlu makan ubat.. so, "kakak kena makan ubat ni. Bila kakak makan ubat ni, kakak akan sihat, boleh main-main, boleh pi jalan-jalan.."

3. Gunakan nada LEMBUT
Pujuk la anak-anak dengan nada yang lembut. Jangan nak menjerit or MARAH bila mereka susah or tak nak makan ubat. Sebenarnya mereka hanya takut and tugas kita la untuk meyakinkan diorang yang ubat tu sangat bagus untuk diorang.

4. Berikan CONTOH yang baik
Kita sebagai parents perlu jadi roll model yang baik untuk diorang.. Bila kita tak sihat, tunjuk kan yang kita ni senang nak makan ubat. Cik Dila perasan ni sebab time cik Dila demam and nak makan ubat, Aimy laju je nak try... #tapi tak boileh,beza dos.

5. Mencegah Lebih BAIK dari Mengubati
Sememangnya mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau dah tau anak-anak kita susah nak makan ubat, jaga la mereka elok-elok. Bukan ape, bila mereka demam, kita mesti tak akan lena nak tidur. Setiap jam mesti bangun chek temperature badan dia, lapkan dia..

Jom try QASEH JUNIOR..sangat bagus sebagai makanan tambahan kerana daripada makanan sunnah..

Wednesday, 12 August 2015

Resepi kek puding karamel Gojes

      
                                                             Assalamualaikum..

Alhamdulillah,cik Dila masih di panjangkan usia untuk terus menulis kat blog ni..jika di jemput Ilahi, inshaAllah generasi akan datang boleh terus membaca walaupun sekadar kenangan semata-mata..

Last Friday tempat Mr H keje buat openhouse and satu family di minta supply satu makanan dessert. Puas la cik Dila fikir nak buat ape and Mr H request KEK Karamel.. Hurm, yess boss! bila dia request, maknanya memang sedap la yang cik Dila buat sebelum ni..



ni la rupe kek yang cik Dila buat tu.. kakak Aimy awal-awal lagi dah cakap "dap ermm"..

Friday, 12 June 2015

1'st Giveaway by Murni Alysa


Assalamualaikum..

Cik Dila ber GA lagiii.. tq kat Cik Murni sebab ajak cik Dila join GA yang dia buat.
Seperti kebiasaan la, cik Dila join je setiap GA yang rakan blogger buat.. Kalah atau menang tu belakang kira yang penting niat kita nak memeriahkan..

klik untuk join
Cik Dila nak tag :
sis Shida
and 
sis Eyra

Selain daripada nak memeriahkan, OPKOSSS la cik Dila nak menang vitamin C shaklee.. "Saya mahu mencuba Vitamin C ini kerana TERUJA nak lihat kesan yang superbb pada kulit saya".. cehhh,ayat skema dari cik Dila... Tapi memang betul la sebab nak test sejauh mana berkesan nya vitamin C yang jadi bualan ramai ni.

Tapi korang jangan salah faham pulak. Vitamin C ni bukan untuk cantik semata-mata ye. Banyak lagi manfaat lain tapi kalau dah lain-lain sihat, MESTI lah terpancar dari kulit wajah yang cantik and glowing je.. tak gitu???

Membantu pembetukan kolagen 
  • Iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya akan lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Serta luka pun cepat sembuh kerana Vitamin C ini akan membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Memperbaiki simptom pendarahan 
  • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah. Mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.


Peningkatan sistem imun 
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu atau selsema. Penghidap sakit asthma, sangat-sangat disarankan mengambil Vitamin C dalam diet seharian.


Detoksifikasi 
  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksid menjadikan ia tidak bahaya pada buah pinggang dan ia dapat dinyahkan dari badan dengan mudah. Mereka yang merokok sepatutnya menjadikan vitamin C sahabat baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


Berperanan mengeluarkan hormon anti-stress dan pengeluaran interferon (hormon fungsi imun)
  • Mengikut doktor Bruce Miller, "The more you stress,the more you need vitamin C". Dan kita tahu, stress boleh memusnahkan Vitamin C didalam badan kita. Dan kekurangan vitamin C, sistem keimunan badan akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C
  • Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C adalah umpama gam melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan tidak mudah terkoyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit, disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih tinggi untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
p/s: harap-harap rezeki cik Dila ade la untuk try Vitamin C ni ye..hehe

Monday, 8 June 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com



Assalamualaikum..

GA lagiiiii..makk aii.. update blog dengan join GA je..hihi.. Jom pakat-pakat join ye. Support usaha members blogger ni..kita baca blog dia,nanti dia baca blog kita.. At least sama-sama dapat menambah ilmu yang tak seberapa ni..


giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
Klik ye untuk join

Kalah menang tu belakang kira yang penting semangat and niat nak memeriahkan tu penting.. Kalau menang, REZEKI.. kalau kalah, CUBA LAGI..hehe


p/s: harapan semoga ada rezeki cik dila..boleh la topup cikit untuk beli baju raya kat kakak aimy and boboy..xoxo

Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy


Assalamualaikum..

cik Dila join G.A lagiiii...jom ramai-ramai kita meriahkan GA yang rakan-rakan blogger ni. Menang or kalah belakang kira yang penting semangat nak support usaha or inisiatif kawan-kawan tu. kalau menang REZEKI, kalau kalah CUBA LAGI..hehe


Giveaway 2015, Jun 2015, Bicara Mummy


GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Sempena bulan ulang tahun perkahwinan ke 3 tahun kami. 

Kami mengadakan simple giveaway yang mudah untuk di menangi. Hanya ikuti syarat Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy :

1) Buat satu blogpost entri 'Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

2) Follow / Add :

3. Tinggalkan komen di sini



SENARAI HADIAH :



Wang Tunai RM5 + Slazenger All In One World Wide Universal Adaptor x 1 pemenang 



Wang Tunai RM5 + Tudung Bawal Satin x 1 pemenang




Tudung Bawal Gucci x 1 pemenang



RM10 (wang tunai) x 4 pemenang


Perfume tanpa alkohol yang mampu bertahan 4-5 jam x 1 pemenang

TARIKH GIVEAWAY :
5 JUN  2015 ~ 14 JUN 2015 (11.59 MALAM)






PENGUMUMAN PEMENANG:
19 JUN 2015

JAM : 3 PETANG 


Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yag telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai  ''Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '






MOMMY'SIGNATURES 1st Giveaway by EyraSaha


Assalamualaikum..

klik banner untuk join
Jom sesame cik Dila meriahkan G.A Mommy ni.. Teringin nak try cheezy kek tu.. Nampak melting jer tapi aktiviti mengepos untuk kek cheese ni cam tak tahan lama je..hihi


PETUA TURUNKAN DEMAM KUNING MENDADAK


Assalamualaikum..

Rindunyerr cik Dila nak menaip kat blog yang dah berbulan-bulan cik Dila tinggal ni.Cik Dila bercuti dari mengadap laptop sebab melahirkan my second baby...gender???.. tadaaaaa...baby BOY..so,alhamdulillah,dah dapat sepasang.

Bersalin anak kedua dah kurang sikit rasa nevess..but rasa sakit opkoss still ade..kalau tak ade rasa sakit, mau nyer orang ade sampai 10 or 11 orang anak.ye idakk?? tapi yang ni cik Dila tak banyak contraction..tau-tau bukaan dah 5cm and dah kene tolak masuk labour room. sadisnya sebab tak sempat langsung nak tunggu mr.H and dia tau-tau cik Dila dah selamat bersalin..

Esoknye cik Dila boleh discaj..alhamdulillah,horayyy boleh balik rumah n jumpa kakak aimy..so,kitorang pun inform la nurse JM terdekat untuk buat lawatan rumah (LR)..bila nurse datang,dia cakap boboy ade kuning..adehhh!!! Dia suruh bawak pi klinik untuk ambik darah..hurm,kesian boboy umi!!

1st day cik Dila pi ngan mak n Mr H bawak sekali aimy. Mak cik Dila masuk time nak ambik darah.kemain lagi sedih dengar boboy nanges...di pendekkan citer,benda ni berterusan hingga 18hari..selang seli boboy kena ambik darah kat kaki..n cik Dila akan nanges bila dengar boboy nanges.

So, kitorang nekad cari cara nak turunkan jaundis pada boboy..sebab dah tak sanggup nak dengar tangisan sakit kesayangan umi ni.

Petua:
1. Air anggur hitam.titiskan ke mulut baby
2. Mandikan dengan pokok dukung anak
3. Perahan air sengkuang cina,titiskan ke mulut baby
4. Madu asli,leret kan di bibir baby dan selawat 3x
5. Lapik tempat tidur baby dengan daun pandan.. tapi pastikan daun tu dah bersih betul2 ye

Semua petua tu memang yang cik Dila try,so boleh la share..klu ade lg,boleh la tambah kat komen.. Tapi sebaiknya ibu-ibu amalkan pemakanan sihat bermula dari awal mengandung ye. InshaAllah,boleh mencegah demam kuning or jaundis pada baby anda. Seeloknya amalkan pemakanan sunnah seperti QASEH GOLD ADINDA..


Wednesday, 13 May 2015

Belajar Menjahit Tanpa ke Kelas Jahitan


Assalamualaikum..

Minggu ni Cik Dila sibuk dengan aktiviti sikit. Nak tahu aktiviti ape?? Aktiviti menjual barangan prelove.. Bukan barangan terbuang tapi yang kami dah tak gune macam baju lama Aimy. sayang nak buang sebab masih baru, banyak pulak yang ade brand.

Okey, entry ni bukan nak citer pasal prelove ye.. tapi tentang cik Dila terdetikkk hati nak belajar menjahit.. Almaklum la, cik Dila ni perempuan Melayui, mesti la kena tahu menjahit. Walaupun sikittttt.. Senang nak jahit baju yang koyak or at least baju untuk Aimy.

 Tapi cik Dila tak tahu kat mana kelas untuk belajar menjahit. Tak kesah la if tak provide sijil pun asal ilmu tu cukupp.. Lagipun cik Dila sekarang tengah busy menjadi fulltime housewife n fully breastfeed Boboy.. memang tak de mase la nak pi kelas bagaii.

Amboiiii.. cik Dila,ko ingat ko bijak sangat ek nak main taram je jahit baju!! sebab tu cik Dila just nak jahit baju untuk kami-kami je.. yang senang.. tak payah nak upah tukang jahit. Sekarang kan dah ade GST..tukang jahit pun ada servis charge okeyhhh..

Nampak nya kena belajar dari pakcik Google je la.. so, jom semua wanita kita belajar menjahit..hihi..

First, cik Dila nak belajar buat NURSING PILLOW..so, see u next okeyh..tadaaa!

Sunday, 10 May 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur







{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


2. Follow blog  : 



3. Like Fanpage :











4. Follow instagram  :

@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72






** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

p/s : harap-harap ade rezeki cik Dila, boleh belanja baju kat Boboy..amin

Sleep Bra:WAJIB dalam Cheklist Ibu

                                                               
                                                              Assalamualaikum..

Last week cik Dila ade pi jenjalan kat Mahkota Parade..saje nak bawak aimy n boboy ambik udara luar rumah,lagipun weekend. Tetibe tengok banyak pulak booth kat hall tu..hurm,ade jualan rupenye!
Cik Dila pun pusing-pusing ler.tak de nak beli pape pun sebenarnye...tapiiiii..tetiba mata tertengok booth SANTUNSURI yang jual barang-barang untuk nursing mommy.



Cik Dila pun laju jer jalan..lupa jap kat Mr  H yang tengah melayan karenah aimy yang meronta nak main2 kat hall..almaklum ler,sayang anak..Mr H dukung ler Aimy and dok melayan segala macam karenah Aimy yang tak suke kena dukung tu.

   Cik Dila tengok ade nursing bra yang ade wire..memang dah lame cari,terus ambik.. Brand Fabulous Mom ,harga dalam RM35 and akak yang sangat peramah tu tanya tak nak try sleep bra ke dik??hurm...pikir2 jap.. Actually, cik Dila tak pernah dengar Sleep Bra. Selalu dengar and tengok GENIE BRA je.. *nampak tak 'jakun' umi kat situ?? Bila akak tu cakap nak bagi harga SPECIAL kalau ambik 2,trus cik Dila grab.. Tapi dah tak banyak colour sebab dah habis and cik Dila pi situ pun dah lewat. Hari last diorang wat GEGAU Melaka GEGAU.

ni la rupa sleep bra dari uncle google

Bila balik rumah jer,terus try sleep bra..perghhh..menyesal beli 1 je.sangat2 SELESAAA...memang cik Dila recommended la kat mane2 bakal mommy or bf mommy sebab mostly masa berpantang or dok kat rumah, kita lagi selesa tak pakai bra yang ade wire and nak yang senang untuk menyusu..So,sleep bra la yang terbaik..and lagi TERBAIKK beli kat SANTUNSURI..harga memang murah gilerr bak hanggg!! 

Cik Dila cari balik kad akak tu sebab bila nak beli online, harga sangat berbeza. Akak tu memang melayan setiap wassap cik Dila and diorang buat POSTAGE ke SELURUH MALAYSIA.. Tak kire la korang dok cerukk mana, asal orang courier boleh sampai..hihi..


p/s: memang WAJIBB masuk kan dalam list ye ibu-ibu..beli 3,4 terus..baru la tak de penyesalan cam cik Dila ni..hurm!!

Wednesday, 6 May 2015

RAHSIA PENJUAL ONLINE


                         Assalamualaikum..

    Sejak jadi umi kepada 2 anak manja ni,cik Dila kurang masa untuk update blog. Masa berkualiti cik Dila banyak dengan diorang je. Tapi tak ape,diorang saham akhirat cik Dila and Mr H.

    cik Dila saje nak share tentang perangai seller online sekarang.. bila diorang post something yang diorang jual tanpa letak harga. Korang pernah berdepan isu camni tak?? Opkoss pernah kan!!

  Cik Dila cukup2 menyampah when this situation happend..cakap omputehh umi! Bukan ape,bila diorang tak letak harga and kita kena pm,cam kita pulak cari diorang.. hellooo..bukan ke konsep bisnes,buyer like a king? So,state je la harga kat situ.

  Bila seller letak harga, prospek yang memang ade bajet and giler2 sipot nak beli,diorang tetap akan beli.. tak de nye konsep takut prospek tak nak beli. Kalau nak orang pm gak tanye,letak terus can negotiable..betul ke ejaan umi tu???hurm!!

  Hope lepas ni boleh ubah situation yang dah jadi habit online seller..sebab dah ramai yang komplen, if bagi harga terus kan senang..and harap jadi syarat wajib kat semua group online seller..

p/s: ape perasaan korang kalau p supermarket and diorang tak bagi tanda harga???..siap suruh tanye kat promoter..and promoter pulak tak ramai nak layan dekat 30 orang dalam 1 masa...hurm!!!

Thursday, 30 April 2015

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015










Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |

4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :






Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


 Sekian Terima Kasih.


Wednesday, 15 April 2015

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Assalamualaikum...

 
*klik banner untuk join*

ni giveaway first yang cik Dila join lepas bersalin..mana la tau kot-kot nak ade rezeki.. thanks ye cik Syira buat giveaway ni..semoga terus success dari cik Dila..

Tuesday, 13 January 2015

Review: HoneyMania by The Body Shop buat suami 'melekat'


Assalamualaikum..

Semangat nak update blog datang lagi sempena tahun baru ni.. Lagi-lagi bulan Januari bulan kelahiran cik Dila. Exciteddd terlebih walaupun angka makin meningkat.

Bulan lepas, perfume CH dah habis.. So, kitorang pun pi ler ke Jusco Bandaraya dengan keinginan untuk shopping perfume CK One yang biasa CH sembur kat badan dia. Kitorang bajet dalam RM200 ke bawah je sebab dah lupa harga nya berapa and CH tak suka membazir, janji bau wangi jer katanya.

Tapi, bila dah survey, mak aiii.. terlajakkk mahal la! So, CH cakap jalan-jalan dulu la untuk cari yang bawah dari bajet kitorang tu. Bila dah pusing-pusing 1 mall tu.. Cam biasa la, mak buyong dah lapar and tak larat. Dah la Aimy pun dah habis bekalan makanan, mula la tak duduk diam and tak dengar cakap.

Kitorang turun bawah dengan niat nak gi makan kat KFC or A&W.. Tetiba cik Dila nampak The Body Shop and teringin nak try perfume lelaki sebab sebelum ni cik Dila beli yang perempuan je. CH pun excited jer try perfume and harga tak la mahal sangat. Below our budget..

Sebelum bayar tu, CH tanya nak apa-apa tak?? Macam orang mengantuk di sorongkan bantal, cik Dila angguk laju..nak body shower la yang! Pi la pilih, cakap CH yang cik Dila paling suka nak dengar.

Sebelum ni cik Dila pernah guna yang strawbery and ocean.. tapi tu dulu, zaman dok study kat UiTM lagi. Lepas dah cium semua bau, yang melekat kat hidung kembang cik Dila ni ialah HoneyMania. Bau dia memang fresh uolls.


Cik Dila pakai malam-malam special jer.. saja nak berwangi-wangi time CH ade. Kalau tak, cik Dila guna Dettol je la.. Harga shower HoneyMania ni RM29.90.. Tapi memang CH asyik nak dok dekat jer bila cik Dila pakai shower ni..Ehemmm!! Cik Dila pun rasa fresh je..

Tq ye for reading contengan cik Dila..boleh ler KLIK!!

Sunday, 11 January 2015

Give Away Blog Eny Abdullah

Blog Eny Abdullah.



Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....



1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 










1st Giveaway by Mass-Naim


Assalamualaikum..

Hye all.. cik Dila terrrr joinn GA by Mass-Naim bila mata ni tak nak pejam walaupun Aimy dah di buai mimpi indah. Maybe sebab 'orang kat dalam' ni dok sibuk main roller coaster kot.. Jom semua kita serbu blog sis Mass-Naim and join  GA best ni..




Syarat-syaratnya sangat simple



>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.



>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 



>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.



>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "



>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.



>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.



>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org



>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.



Senarai hadiah :



** Cathy Choo 24k Active White Gold

Top Referral - 1 x Pemenang



** Shawl

3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga



** Topup RM5

2 x Pemenang Saguhati


Mari join beramai-ramai (^_^)



So, Good Luck semua =)



Saturday, 10 January 2015

New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ


Assalamualaikum..

Hye all..cik dila kembali untuk tahun baru..ni entry 1st yang cik dila tulis untuk tahun 2015, yang sebelum ni publish 2015 tapi tulis 2014.. setahun bersadai..huhu.



Klik sini untuk join

Cik Dila kembali dengan semanagat baru untuk join New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ. Kenapa nak joinn??
Actually, cik Dila tengah mencari produk muka yang berkesan untuk cik Dila guna selepas bersalin. Almaklum ler, time preggy ni memang tak jaga kulit muka langsung.. Nasib baik la CH tak komplen pape pasal muka cik Dila yang macam 'moon' ni. *nampak cantik dari jauh,bila dekat berlubang-lubang*

Mengapa cik Dila harus menang GA ni??

Cik Dila harus menang rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ni sebab cik Dila nak kulit muka cik Dila berseri-seri cam 'anak dara' balik uolls.. Nak nampak fresh cam susu kambing yang baru di perah.. Eh, susu fresh ke?? And lagi satu, winner tu cik AJ nk announce on same date dengan birthday cik Dila, tu yang buat cik Dila terrrrr 'excited' nak join.. kot ler boleh jadi besday gift cik Dila..(^_^)


"Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana......."

Cik Dila nak kembali menjaga kulit wajah cik Dila yang nampak muram dan tak bermaya ketika hamil kecuali ada seri 'mak buyong' jer dan Eversoft Skinz memang sudah menjadi bualan ramai tentang keberkesanannya. Semoga cik Dila boleh menjadi salah seorang pengguna yang berjaya untuk menjadi ummi yang kekal cantik di tahun 2015 dengan Eversoft Skinz. Insha Allah.


Harap-harap cik Dila dah memenuhi semua syarat GA cik AJ ye. Kalau cik Dila dapat menang produk ni, boleh ler repair wajah masa berpantang. Anyway, menang ke tidak dah jadi perkara kedua, yang penting cik Dila dah berjaya support GA yang rakan-rakan blogger anjur kan.. Tahniah n TQ ye cik AJ sebab buat GA ni..



Banjir 2014: Hati TERCUIT


Assalamualaikum...

Hye all..cik dila menyepi agak lama..kenapa?? Sebab terlalu risau dengan keadaan banjir di kampung halaman yang tercinta..risau memikirkan mak ayah cik dila yang tinggal berdua di kampung dengan rangkaian telefon dan elektrik yang terputus.


Hati cik dila tercuit dan tertampar melihat gambar mangsa banjir..lebih-lebih lagi anak kecil yang masih belum mengerti. Cik dila membayangkan kalau Aimy dan cik dila sendiri dalam situasi itu..  ya Allah,mencurah airmata turun tanpa di jemput menuruni pipi gebu gebass cik dila..

Aimy,dia memang anak yang tidak mengerti..hari-hari mulutnya mahu disuapi tanpa henti.bagaimana jika dia yang menjadi budak malang yang menangis meminta susu dan roti?? Bagaimana jika dia menjadi anak yang di dodoi di dalam kotak bukan di dalam buai??

Bersyukur lah sayang.. hidup mu lebih baik dari mereka yang terpaksa melalui keperitan. Bersyukurlah kerana kamu tidak perlu di gigit pacat dan mendengar bunyi cengkerik yang nyaring.. Aimy masih mampu bergelak di saat kanak-kanak malang di Manik Urai hanya menangis minta di suapi makanan tapi yang boleh di makan hanya daun kayu.. Ohh,memang sedihh!!!

Harapan dan doa cik Dila, bertabah la wahai insan yang di duga kerana Allah telah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita semua. Bukan kesenangan yang kita damba tapi keinsafan dan kesedaran dari setiap peristiwa..