iklan

Tuesday, 2 December 2014

Maggi Ketam Di Melaka


Assalamualaikum..

Hye all.. Hari ni cik Dila excited sikit nak menconteng kat entry ni sebab Aimy dah tidur awal. Dia keletihan kot sebab seharian tak tidur. Almaklum ler, dah dapat kaki.. mau jalan aje keje nyer. Asyik 'cium bontot' ummi dia ni je. Korang jangan nak double meaning ek!1 Maksud cik Dila, Aimy nak follow je mana cik Dila pergi..cik Dila masuk dapur, dia pun masuk dapur. cik Dila jemur kain, dia tolong tarik kain.

Haa, dah la citer pasal Aimy.. nanti terbangun pulak dia. Terbantut la pulak entry cik Dila ni. Emm, preggy kali kedua ni cik Dila memang suka makan maggi. Tak kisah la brand Maggi ke, Ruski ke, Mee sedap ke, Saji Mee ke.. Cik Husband dah banyak kali membebel tapi kalau dia larang, merajukk ler mak buyong ni..

And cik Dila mengada-ngada cikit ngan CH.. mintak dia masakkan Maggi Ketam. Biasa la, lelaki memang superbb bak hang kalau bab masak.. MEMANG TABIKKK!! Mostly kita tengok yang femess cam Chef Wan, Chef Ismail, Chef Zam.. and yang kat rumah cik Dila ni, Chef Herry..opss!!



Sorry ler gambar nye tak bape nak shantek.. cik Dila memang fail bab-bab foto ni. But,seriously cik Dila gitau, walaupun maggi ketam ni tak sesedap Master Chef punya masakan tapi value nya sangat tinngi. Air tangan suami tu yang penting.. kadang-kadang kita ni isteri, nak jugak merasa suami masak, hidang and layan kita cam permaisuri.. Ewaahhh!!

So, suami-suami.. Please la appreciate isteri anda yang selalu masak, basuh, hidang, layan and buat segalanya untuk anda. Sometimes, kita terlupa yang isteri kita tu penat tapi kita tetap nak dia buat macam-macam untuk kita.

Ni je la citer Maggi Ketam cik Dila.. Maggi biasa yang mendapat sentuhan luar biasa. Terima kasih ye CH sebab sudi melayan karenah mak buyong yang hentak-hentak kaki ajak pergi cari ketam dekat Aeon, walaupun tengok jam dah pukul8.30 malam..

Tq for reading my contengan.. sila KLIK