iklan

Sunday, 21 December 2014

Menarik Follower di Blog


Assalamualaikum..

Hye all.. Update blog time ni coz Aimy baru je lelap. Hurmm, susah nak tidorkan dia sekarang ni sebab dia selalu nak ummi kesayangan dok pelok-pelok dia.

Cik Dila pun tak tahu nak tulis entry tentang apa tapi belog ni macam dah lama tak berupdate.. Tu yang rajin kan tangan untuk menekan keyboard ni. Belog ni memang tak seberapa. cik Dila menulis hanya untuk berkongsi rasa dan cerita. Berkongsi ilmu and pengetahuan yang tak seberapa dalam diri dan minda.

Cik Dila pun tak tahu macam mana nak menarik follower untuk like and follow belog kita. Kadang-kadang dok terpikir, ade ke yang baca?? Atau ummi hanya SS? SS tu apa?? Ss tu 'Syok Sendiri'..
Tapi apa pun, menulis la dengan ikhlas. Berkongsi la dengan jujur. InshaAllah, apa yang di kongsi akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Mungkin ia bukan di baca hari ini.. Mungkin esok atau lusa, atau 2,3 tahun lagi.. dan masa tu, bukan bonus Nuffnang yang kita perlu tengok tapi SAHAM akhirat yang kita minta..
Cehh, mesti korang TERKESIMAA dengan cik Dila kan?? 

Menarik Follower ada macam-macam cara, adayang buat giveaway, ade yang mintak buat review. Tapi cik Dila hanya pasrah.. follow la jika belog cik Dila boleh memberi manfaat dalam hidup korang. Jika tak, biar je berlalu seperti angin membawa dedaun kayu..


p/s: tqvm kalau ada yang baca.. sudi-sudi la komen and follow g+ cik Dila..


Saturday, 13 December 2014

Bahaya ubat gigi BERFLORIDA ketika hamil


Assalamualaikum..

Hye all.. Selamat berhujung minggu.. Best nyer hujung minggu and cuti sekolah pulak, banyak la program yang bermain di fikiran mommydaddy.. 

Cik Dila nak share tentang ubat gigi berflorida.. Last week, cik Dila berjaya pi chek up keadaan 'orang kat dalam' selepas lewat beberapa minggu dari tarikh appointment  yang sepatutnya.. Almaklum ler, CH selalu busy dengan hal kerja dia yang tak tentu masa tu..

Doctor ni memang pakar sakit puan and sangat details. Dia siap ukur lilitan kepala baby, jari, kaki, tengok bibir baby. Kiranya memang sangat puas hati and rasa berbaloi walaupun  untuk scan 3D je dah cecah RM80.. Kalau dia kasi vitamin memang RM80++ ler.. Cik Dila pun tak tahu korang biasa anggap tu murah atau mahal.

Sebelum kitorang balik, doc sempat tanya cik Dila guna ubat gigi apa? 'Cik Dila jawab guna Colgate or Mukmin.' Kitorang tengok dia bangun and ambik barang.. 'This is a gift for you. Free floride and please continue use it if you breastfeeding'. 'Thanks doc!'.. Waa, dapat hadiah! Aimy dah sebookk nak pegang buat mainan.




Q : Kenapa kita kena guna ubat gigi yang tak ada Flouride??
Sebab flouride tu kalau kita tertelan, ia boleh merosakkan sistem otak baby. Otak baby akan jadi lambat berkembang or slow..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh la tengok kat PUREEN.. Maybe banyak brand lain tapi ni yang cik Dila guna and ianya HALAL..




Review: Powerbank ROMOSS


Assalamualaikum..

Hye all.. Salam FINAL.. final kenape?? HM kan berjaya mengaum ke final.. Bangga la sikit, and jangan berhenti support our team.. Tak kisah la tentang player 'ego' or 'tak boleh di kritik' tu.. Yang penting kita sokong pasukan HM, bukan individu  okeyh...

Ni cik Dila nak share tentang powerbank yang HANGATTT cam pisang goreng cheese + coklat.. Sebelum ni cik Dila ada citer tentang powerbank Pineng Tiruan yang memang mendapat sambutan. Ramai giler member cik Dila yang beli Powerbank Pineng sebab harga murah.. Tapi baru guna kejap, dengar macam-macam keluhan diorang pasal powerbank 'MURAH' diorang tu..

Cik Dila puas hati sangat-sangat dengan powerbank ROMOSS ni. And cik Dila jugak berani jadi agent powerbank ni. Harga memang berbaloiii-baloii baq hang.. Kira harga kawan-kawan je. So, cik Dila sedia kan terus jawapan untuk soalan yang timbul tanda ?? kat korang okeyh..


Q: Original ke LOCAL??
A: Powerbank ni 100% Original.

Q: Macam mana nak tahu Ori ke Local?
A: Ada Sticker MC MILLION kat kotak.. McMillion ni kiranya Authorised Dealer Powerbank Romoss di Malaysia. Kiranya macam handphone nokia, kalau ada sticker ZITRON tu kira ORI laa..
*tu kira contoh mudah yang cik Dila boleh bagi la untuk korang cepat tangkap*

Q: Warranty bape lama?
A: Warranty untuk 1 tahun. Kalau rosak apa-apa berkaitan manufacturing, korang boleh hantar ke mana-mana branch ROMOSS

Q: Bape kali boleh caj hp?
A: Depends pada model hp korang.

Q: Bape watt?
A: Cik Dila ada yang 10400mAh.. setakat ni kat Malaysia, yang paling tinggi watt pun 10400mAh je, kalau ada yang lagi besar sampai 20000mAh, itu yang local..*jawapan daripada dealer*

So, cik Dila harap dah berjaya menjawab persoalan dari korang. Kalau korang still ada rasa was-was, boleh chek dekat outlet Romoss yang dah macam cendawan tumbuh sekarang ni.

Harga????
kan dah cakap nak bagi harga kawan-kawan je.. Only RM90 include postage.. MAHALL??
Okeyh la kalau mahal, kat branch jual RM99 (promosi) kalau tak ade promosi RM129nett..
Memang tak dapet nak nolongg ler..

p/s: pastikan yang ORI baru beli.. jangan sebab nak powerbank RM50, rosak hp yang harga RM1000++..tak berbaloiiii!!
Kalau korang still ade persoalan tentang powerbank ni, boleh la tengok review kat uncle google ni tapi mostly dari oversea la sebab powerbank ni dah PEMOSSS giler kat sana...

Tuesday, 9 December 2014

1st GA By Eyzamiel: BB Cream Seqy Beauty


Assalamualaikum..

Hye all.. Salam hari Selasa ye.. Hari ni update blog pepagi sebelum Aimy bangun coz tak nak ade dua blogger.. haha!

Okeyh la.. cik Dila lupakan keKECEWAan sebab tak dapat try Ephyra Skin Bar.. So, tak dapett ler nak muka glowing-glowing time deliver baby nanti.. Tu la, niat pun dah tak betul kan?? Nak glowing cam Rozita Cik Wan.. Bukan pe, Cik Dila kagum dengan kurniaan Allah kat Che Ta tu..

Kiranya tak ade rezeki la nak try, kalau nak jugak kena beli sendiri.. Tapi ade 1 lagi harapan cik Dila untuk nampak glowing, dengan Seqy Beauty BB Cream. Harap-harap dapat la try repair muka yang teruk ni. Tapi yang paling penting, korang doakan cik Dila and 'orang kat dalam' ni selamat ye!! Amin..


*gambar dari uncle google

Haa, cik Dila memang dok godek-godek testimoni pasal Seqy Beauty BB Cream ni and memang tertarik menarik kau memang de boom la.. Harga pun masih mampu milik gilerr kalau nak cantik..Korang boleh gali banyak info pasal produk ni kat Eyzamiel atau kat Seqy Beauty.

Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak) Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :) 

Untuk pertanyaan / pembelian : Whatsapp atau Mesej sahaja 013-3151382 

Instagram : izz_zara_shoppe email : eyzafarza@gmail.com 


Tq ye sebab sudi baca contengan CD ni.. Sila KLIK 

Tuesday, 2 December 2014

Maggi Ketam Di Melaka


Assalamualaikum..

Hye all.. Hari ni cik Dila excited sikit nak menconteng kat entry ni sebab Aimy dah tidur awal. Dia keletihan kot sebab seharian tak tidur. Almaklum ler, dah dapat kaki.. mau jalan aje keje nyer. Asyik 'cium bontot' ummi dia ni je. Korang jangan nak double meaning ek!1 Maksud cik Dila, Aimy nak follow je mana cik Dila pergi..cik Dila masuk dapur, dia pun masuk dapur. cik Dila jemur kain, dia tolong tarik kain.

Haa, dah la citer pasal Aimy.. nanti terbangun pulak dia. Terbantut la pulak entry cik Dila ni. Emm, preggy kali kedua ni cik Dila memang suka makan maggi. Tak kisah la brand Maggi ke, Ruski ke, Mee sedap ke, Saji Mee ke.. Cik Husband dah banyak kali membebel tapi kalau dia larang, merajukk ler mak buyong ni..

And cik Dila mengada-ngada cikit ngan CH.. mintak dia masakkan Maggi Ketam. Biasa la, lelaki memang superbb bak hang kalau bab masak.. MEMANG TABIKKK!! Mostly kita tengok yang femess cam Chef Wan, Chef Ismail, Chef Zam.. and yang kat rumah cik Dila ni, Chef Herry..opss!!



Sorry ler gambar nye tak bape nak shantek.. cik Dila memang fail bab-bab foto ni. But,seriously cik Dila gitau, walaupun maggi ketam ni tak sesedap Master Chef punya masakan tapi value nya sangat tinngi. Air tangan suami tu yang penting.. kadang-kadang kita ni isteri, nak jugak merasa suami masak, hidang and layan kita cam permaisuri.. Ewaahhh!!

So, suami-suami.. Please la appreciate isteri anda yang selalu masak, basuh, hidang, layan and buat segalanya untuk anda. Sometimes, kita terlupa yang isteri kita tu penat tapi kita tetap nak dia buat macam-macam untuk kita.

Ni je la citer Maggi Ketam cik Dila.. Maggi biasa yang mendapat sentuhan luar biasa. Terima kasih ye CH sebab sudi melayan karenah mak buyong yang hentak-hentak kaki ajak pergi cari ketam dekat Aeon, walaupun tengok jam dah pukul8.30 malam..

Tq for reading my contengan.. sila KLIK

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com




Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )

  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )





EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :

  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :

  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.


Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Cik Dila yang nak try

Umur pengguna? 26 tahun

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak)



Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Kulit muka cik Dila ni kuat sangat berminyak. Sekarang tengah preggy, memang muka sangat-sangat teruk, nampak tak bermaya. Kalau keluar pun nampak berkilat je, walaupun tak pakai apa-apa produk kat muka. So, cik Dila nak try la Ephyra Skin Bar ni. Mana la tau time nak deliver tu boleh berseri-seri cam Che Ta ke..berangann la sangatt!! Tapi kalau kulit muka boleh jadi mulus cam kulit baby yang keluar nanti, memang sayang Ephyra Skin Bar ketat-ketatt la..



Pengguna Ephyra? (Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.