iklan

Sunday, 9 November 2014

Positif ker??


Assalamualaikum..

Hye all..dah seminggu cik Dila tak update pape entry..bukan merajuk  tapi busy mengemas and melayan Aimy. Yela, dia dah makin laju jalan, makin 'rajin' pulak dia tolong ummi dia ni mengemass!

Haa, hari ni nak menconteng and merapu tentang positif. tapi bukan pasal result Dato' Lee Chong Wei yang positif tu okeyh. Yang tu kita tak boleh nak komen lebih-lebih, cuma boleh berharap masih ada sinar untuk beliau. Jangan 'gantung' raket dengan isu panass!

Cik Dila sebenarnya nak share dengan korang untuk sentiasa positif. Positif Thinking ni penting untuk membuat kita sentiasa motivated. Ye la, kita tak tahu apa nasib kita. Cam Cik Dila, kadang-kadang terbit gak rasa jelesss tahap gaban bila tengok member-member lain dah ada aset sendiri, ade kereta sendiri, ade rumah sendiri, ada tanah sendiri (walaupun tanah dalam pasu).

And time ni la penting nya positif thinking. Rezeki and nasib kita tak sama dikk! Ada kawan-kawan cik Dila yang cakap diorang jeless sebab cik Dila dah ada keluarga, ada Aimy and incoming baby.. ada husband tempat bergantung..Walaupun diorang ada kerja, ada gaji bulan-bulan tapi diorang masih mencari calon suami, anak memang belum merancang lagi.

So, tak yah la nak jeles-jeles sangat sebab hidup kita ni berbeza. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Maybe hari ni kita belum nampak 'keperluan' kita tapi suatu hari nanti kita akan mensyukuri pemberian itu.

Okeyh.. itu aje coretan cik Dila. sudi-sudi la tinggal komen and jejak korang ye.. tqvm