iklan

Monday, 24 November 2014

Muzium Penjara di Melaka

Assalamualaikum..

Hye all.. Last week, hari Khamis, 20hb November,2014 Muzium Negara Malaysia telah merasmikan Muzium Penjara di Banda Hilir, Melaka. Haa, skema giler ayat cik Dila ni kan?? Bukan ape, nak bagi nampak formal cam pembaca berita or wartawan la. Tapi tak ade la nak buat pantun segala bagai cam Karamsigh Walia, nanti jadi KARAM DI LAUTAN CINTA pulak..

So, secara rasminya bertambah la tempat untuk di lawati di Melaka ni. Kalau sebelum ni korang datang Melaka je, pi melawat Muzium Samudera, Muzium Kapal Selam, and tempat-tempat bersejarah yang lain, this trip korang boleh la masuk melawat penjara.

Cik Dila pun tak berkesempatan nak masuk lagi, cuma tahu dah dirasmikan je. Lagi satu cik Dila memang tak berani nak masuk tempat-tempat camtu. Lagi-lagi dengan Aimy. Nanti tak pasal-pasal ade yang 'berkenan' dengan Aimy.



Ni je yang sempat di snap ketika majlis perasmian. Almaklum ler, da tengahari..panas pulak tu. So, semua nak settle kan majlis perasmian ni cepat-cepat. Cik Dila memang suggest la kalau korang datang ke Melaka, jom la melawat ke Muzium Melaka ni. Boleh la korang tengok and bayangkan apa yang banduan-banduan tu rasa time kat dalam. Selain tu, boleh gak dapat kesedaran kat semua supaya tak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang dunia. 

p/s : Undang-Undang Allah jangan la sesekali kita langgar.Sesungguhnya, neraka itu pasti kepada manusia yang melanggar larangan Allah. Nauzubillah..