iklan

Sunday, 30 November 2014

Kawan ke Sahabat??#part1


Assalamualaikum..

Hye all..salam 3-1..chewahhh, pasal gol HM la tu. Apa HM?? short for Harimau Malaya dik!
Apa program korang hari ni?? cik Dila stay kat rumah je hari ni sebab tak bape nak sihat, selsema..
Lagipun tak selesa nak keluar dengan cuaca jap-jap hujan, kesian kat Aimy..

Korang ade BEST FRIEND tak? tak kisah la sorang, dua orang atau ber orang-orang.. Cik Dila ade a few BFF yang cik Dila kenal 'luar dalam' dari zaman tadika hingga la anak kitorang pun dah nak masuk tadika.


*ni gambar masa form5..3org lagi tak ade

Macam mana nak tau dia tu boleh anggap sebagai BFF? First of all, cik Dila selesa bila bersama diorang. Kitorang boleh cerita tentang apa sahaja.. apa sahaja okeyhh except hal dalam kain.. Tu cerita sensitipp!

Second, kitorang boleh cari bahan untuk gelak sampai tepuk-tepuk meja.. Memang susah nak jumpa member yang boleh buat kita tergelak hingga lupa segala masalah but they can! Jujur cik Dila cakap, diorang boleh buat cik Dila gelakkk and lupa segala yang menyemakkkan otakk.. hingga lupa title I ni wife and makk budakk..Opss!!

And, dengan diorang cik Dila boleh mengimbau kenangan.. this is the best part la. Bila throwback balik pasal cikgu-cikgu yang garang, tentang tidur dalam kelas, tentang meniru time exam, tentang kena denda sebab tak siap buat essei atau karangan.. sangat tersentuhh!!

For me, diorang memang the best part in my life. cik Dila tak nak diorang hanya jadi kenangan.. Jom rapatkan hubungan dengan BFF kita.. Sesekali Mesej, Call , Whatsapp or Wechat la tanya khabar diorang.. Jangan biar kesibukan kita membunuh Ukhwah.. Ingat la yang diorang pernah buat zaman remaja kita menjadi ceria..menjadi gila-gila..menjadi siapa kita hari ini.. menjadi diri sendiri..

tq for reading tulisan cik Dila..boleh la tinggalkan komen korang!!