iklan

Monday, 17 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00


Assalamulaikum..

Hye all.. Happy weekend. Ape aktiviti korang hari minggu ni? Bawak anak jalan-jalan ke?? Ke keluar dating?? Kalau keluar dating, jangan sampai tak hengattt dunia okeyh..

Cik Dila tak ada aktiviti menarik minggu ni. Just bawak Aimy jalan-jalan pusing Bandar Melaka yang always jammed.. Melaka tak jammed?? Mimpi la sangat kalau Bandar Melaka ni tak jammed. Sebab tu kalau nak release tension, cik Dila lagi suke kalau keluar dari Bandar Melaka. 

Tapi entri ni bukan pasal aktiviti hujung minggu tapi pasal Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750  yang cik Dila terrrperasan last week. Actually, Cik Dila nak join bukan sebab hadiahnya tapi sebab nak sharing tentang breastfeeding (BF). Haa, korang jangan ingat kami mak-mak ni guna BF untuk BOYPREN je tau...



Cik Dila memang sebelum ni 'working wife' and cik Dila 'resign' masa umur Aimy cecah 13months. Bukan sebab malas or dah rasa kaya tapiii rasa nak spend more time with her. Ye la, balik kerja je badan and otak dah penat, Aimy pulak tengah growing up.. So, she need her beloved ummi to teach her.. Haha.. Alasan la sangat!!!!

Walaupun cik Dila bekerja tapi Cik Dila still bagi Aimy 'susu badan' dari umur dia sehari hingga la umur dia setahun. Niat di hati nak cukupkan 2 tahun tapi 'tersangkut' pulak.. kena la stop BF sebab nanti nutrient tak cukup untuk Aimy, Ummi and dengan yang 'kat dalam'.

Time BF, cik Dila rasa rapat sangat-sangat dengan Aimy. Ye la, asal nak susu je peluk kita, confirm  la rapat. ye dok?? And bila dah stop BF, dia lebih rapat dengan papa dia...  Jelesss ummi.

Selain dari rapat, poket kami pun 'padat' jer. Sebab?? Ye la, susu ummi dia ni free of charge je dik oiii! Papa dia suka la sebab tak payah nak pening-pening buat bajet untuk susu. Susu yang FOC ade, buat apa nak beli susu formula yang paling murah pun RM30 for 900g?? Seminggu dah kena beli lagi.

And kalau korang perasan la kan, doktor-doktor dok suggest BF sebab baby yang BF ni antibodi dia lagi kuat. cik Dila tengok Aimy susah nak demam time dia BF secara ekslusif, tiap kali inject pun dia tak pernah demam. Tapi bila cik Dila dah mix dengan susu formula, dia baru demam and selsema tapi tak ade la teruk bebenor.

So, cik Dila memang happy sesangat la kalau lagi ramai 'ibu muda' atau 'young mothers' yang alert tentang kelebihan BF ni. Tak payah nak pikir nak cantik je. Dah cukup 2 tahun BF, cari la segala macam jamu untuk kasi anjal balik korang punyerr aset tu.

Haa, alang-alang dah terrrjoinn Contest Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750.00 ni, harap-harap la ade peluang and rezeki nak menang mane-mane hadiah untuk 'orang kat dalam' ni. Kali ni memang betul-betul berazam nak cukupkan BF sampai umur dia 2 tahun. Insha Allah, niat yang baik biasanya dipermudahkan olehNya..

Tq for reading tulisan merapu cik Dila ni okeyh.. Sila KLIK!