iklan

Sunday, 2 November 2014

10 Tip Menjadi Pelajar Cemerlang SPM 2014


Assalamualaikum..

Esok semua pelajar Tingkatan Lima seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), and memang SPM bukan penentu segala tapi SPM permulaan bagi segala.. kat atas dunia ni ye adik-adik. So, cik Dila nak kongsi la sikit tips yang boleh adik-adik praktikkan di saat-saat akhir.

  1. Solat HAJAT and Restu IBUBAPA
Seelok-eloknya perbanyakkan solat hajat utuk memohon keredhaan Allah selepas kita berusaha dan belajar selama beberapa tahun. Redha Allah itu penting utuk memastikan kita dapat menjawab atau melakukan sesuatu perkara dengan tenang and lancar.

    
    2.  Tidur Awal dan Rehat Secukupnya

Malam sebelum peperiksaan, adik-adik digalakkan tidur awal dan rehat yang secukupnya. Dah tak usah nak study last-last minute. Bukan apa, supaya OTAK kita dapat REFRESH.. Haa, jangan ingat laptop je nak refresh okeyh. Kalau tak dapat rehat yang cukup, nanti boleh jadi BLANK masa tengok soalan. tapi pastikan semua ALAT TULIS, IC dah ready okeyh.


   3.  Bangun Awal and Datang Awal 

Okey, bila dah tidur awal and dapat rehat yang cukup, baru la boleh nak bangun awal dengan OTAK yang segar bugar kan?? Tu la nikmat and faedahnya. Bila bangun awal, kita punya masa yang cukup untuk mandi, solat and bersiap untuk menghadapi peperiksaan. 


   4.  Tenang dan Percaya Diri

Adik-adik perlu la bertenang. Jangan terlalu nervess atau merasa takut untuk menghadapi kenyataan. Just take a breath and think that ALL is WELL.. Percaya bahawa kita dah berusaha sebaiknya and kalau GAGAL, kita gagal selepas berusaha bukan menyerah bulat-bulat untuk gagal.


   5.  Mulakan dengan BISMILLAH

Haa, bila dah dapat kertas soalan, RELAXX je.. tak kira la kertas soalan tu warna apa. (setahu cik Dila warna kertas soalan mewakili kesukarannya).. And mulakan dengan BISMILLAH sebelum menjawab. Jangan terlalu GELOJOHHH okeyh..


  6. Catatan

Buat catatan apa yang masih adik-adik ingat. Bukan apa, usually bila kita tengok je kertas soalan, kita akan jadi nervess and taksub, so kat sini kita akan lupa apa yang kita dok baca or hafal. Untuk mengelakkan incident itu, catit la ckit kat kertas jawapan yang dah sedia atas meja.


  7. Jawab secara Strategik

Okeyh la, untuk soalan esei, adik-adik susun la jawapan tu ikut fakta yang paling penting hingga ke kurang penting. Contoh, yang main point, jangan ler di letak dekat footer.. nanti kurang la markahnya.


  8. Buat Mind Mapping

Haa, ni satu lagi teknik untuk jawap esei. Adik-adik boleh buat mind map untuk memudahkan mengingat isi-isi penting yang telah dibaca. So, tak la jawapan TERSASAR jauh nanti.


   9. Last Check 

Sebelum tamat masa menjawab, ambik dalam 10 minit terakhir untuk re-check balik apa yang adik-adik dah jawab. yela, mana tahu kan ade tertinggal isi-isi penting yang boleh memberi markah. 1 markah boleh membezakan gred tau. So, grab this upportinity...(betul ke ejaan ummi ni?)


  10. Tawakkal

Lastly, bertawakkal la adik-adik. At least kita dah berusaha sebaiknya. SPM ni permulaan hala tuju masa depan adik-adik kat dunia je.. amal kita yang membawa kebahagiaan di akhirat. Jika gagal dalam SPM, cuba lagi.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..


tq for reading.. GOOD LUCK!! sila KLIK