iklan

Monday, 10 November 2014

5 cara cukupkan gaji RM2k sebulan

                             Assalamualaikum..

Malam-malam ni aku nak bagi tips sebab nak sahut seruan kerajaan untuk berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Kenapa 'aku' bukan cik Dila as usual?? Saje je nak ambik mood..

1. Beli barang keperluan
Ni memang point penting. Disiplinkan diri untuk listkan awal-awal apa yang korang nak beli untuk gaji bulan ni. Contohnya,bulan  November..korang dah listkan barang dapur yang nak top up, nak renew yang dah expired or lain-lain.

2. Elakkan makan di luar
Haa, ni memang boleh jimat. Korang perlu rajin la masak. Tak salah sebenarnya sekali-sekala nak makan kat luar, ye la mesti boring duk makan yang kita masak je tapi elakkan or kurangkan. Cuba korang kira, sekali makan paling koman pun habis dalam RM 20.. kalau dah 5x korang dok pi, tak ke cecah ratus..

3. Jimatkan elektrik
Ni pun langkah berguna gak sebab sekarang kadar tarif dah naik. Kalau sebelum ni bil RM 20, sekarang naik la RM30 or lebih. So,ambik la langkah bijak iaitu tutup suis time korang pergi kerja or keluar rumah. Tutup semua lampu time korang tidur, guna timer untuk aircond, tutup heater time tak guna and ready air dalam termos.

4.Recycle
Korang mesti selalu tengok iklan recycle barang-barang kan? Tapi jangan tengok je ye.. cuba la amalkan. Tin kosong,botol plastik, kertas tu jangan la main buang je. Kalau korang memang dah buntu sangat nak buat apa,korang kumpul and pi jual. Boleh gak dapat duit walaupun tak sebulan gaji.

5. Menabung
Amalan ni mak bapak kita dah ajar dari kecik lagi. Aku ingat lagi dolu-dolu ayah aku selalu buatkan kitorang tabung dari buluh. Almaklum ler, tak mampu nak beli tabung gajah, dolu-dolu tabung gajah tu mahal. Aku pulak bukan anak tunggal tapi ramai adik beradik. Bila penuh je,ayah aku akan pecahkan. Lepas tu kitorang sama-sama kira. Kalau cukup RM50 or lebih,terus esoknya ayah aku gi bank. Kalau tak,kena la menabung lagi.

Lastly, we must back to basic. Korang jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Walaupun gaji korang dah cecah RM10k tapi kalau korang lupa padaNya,memang akan sentiasa rasa tak cukup. And 1 lagi, bila dapat gaji tu ringan-ringankan tangan transfer duit kat mak bapak dulu. Lepas tu korang habiskan la untuk yang lain.

   Tq for reading apa yang aku dok merapu ni..