iklan

Sunday, 30 November 2014

Kawan ke Sahabat??#part1


Assalamualaikum..

Hye all..salam 3-1..chewahhh, pasal gol HM la tu. Apa HM?? short for Harimau Malaya dik!
Apa program korang hari ni?? cik Dila stay kat rumah je hari ni sebab tak bape nak sihat, selsema..
Lagipun tak selesa nak keluar dengan cuaca jap-jap hujan, kesian kat Aimy..

Korang ade BEST FRIEND tak? tak kisah la sorang, dua orang atau ber orang-orang.. Cik Dila ade a few BFF yang cik Dila kenal 'luar dalam' dari zaman tadika hingga la anak kitorang pun dah nak masuk tadika.


*ni gambar masa form5..3org lagi tak ade

Macam mana nak tau dia tu boleh anggap sebagai BFF? First of all, cik Dila selesa bila bersama diorang. Kitorang boleh cerita tentang apa sahaja.. apa sahaja okeyhh except hal dalam kain.. Tu cerita sensitipp!

Second, kitorang boleh cari bahan untuk gelak sampai tepuk-tepuk meja.. Memang susah nak jumpa member yang boleh buat kita tergelak hingga lupa segala masalah but they can! Jujur cik Dila cakap, diorang boleh buat cik Dila gelakkk and lupa segala yang menyemakkkan otakk.. hingga lupa title I ni wife and makk budakk..Opss!!

And, dengan diorang cik Dila boleh mengimbau kenangan.. this is the best part la. Bila throwback balik pasal cikgu-cikgu yang garang, tentang tidur dalam kelas, tentang meniru time exam, tentang kena denda sebab tak siap buat essei atau karangan.. sangat tersentuhh!!

For me, diorang memang the best part in my life. cik Dila tak nak diorang hanya jadi kenangan.. Jom rapatkan hubungan dengan BFF kita.. Sesekali Mesej, Call , Whatsapp or Wechat la tanya khabar diorang.. Jangan biar kesibukan kita membunuh Ukhwah.. Ingat la yang diorang pernah buat zaman remaja kita menjadi ceria..menjadi gila-gila..menjadi siapa kita hari ini.. menjadi diri sendiri..

tq for reading tulisan cik Dila..boleh la tinggalkan komen korang!!


Friday, 28 November 2014

Rahsia Buat Duit Melalui FB


Assalamualaikum..

Sekarang dah timbul macam-macam jenis bisnes kat FB. Sampai kan kita yang log in FB sebab nak tengok perkembangan terkini kawan-kawan pun dok juling mata sebab banyak sangat iklan.
Tapi, persoalannya.. menjadi ke iklan diorang tu?? Boleh ke masukk duit??

Haa, ni Cik Dila or CD nak share tentang cara nak jadikan FB korang sebagai ATM. Bukan Angkatan Tentera Malaysia okeyh.. Tapi salah satu cara untuk korang jana income. Secara pasif pulak tu.



Kalau korang betul-betul berminat nak dapat duit sambil-sambil log in FB, sambil baca gosip artis.. korang kena gali dulu ilmu tentang macam mana nak keluarkan duit korang tu. Cari ilmu betul-betul sebelum nak start apa-apa ye.. Bukan ape, cik Dila tak nak la, "dah terhantuk baru nak.............."
Korang smabung lerr...terlupa pulak!!


Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.



Thursday, 27 November 2014

Powerbank Pineng TIRUAN!!


Assalamualaikum..

Alkisahnya, last week before cik Dila ke KL, kitorang pi round Dataran Pahlawan sebab nak cari powerbank Pineng kat adik kesayangan cik Dila. Dia nak yang 10000mAh je. So, dah nama pun adik kesayangan, tolong ler cari.

Kalau ikutkan dia nak beli yang dalam Lazada je tapi cik Dila cam susah nak percaya. Even dia dok cakap kawan dia beli kat Lazada 10000mAh powerbank Pineng just around RM40++.. Biar betikkk ko dik??

Kat dalam Dataran Pahlawan tu ade autorised dealer Pineng and kitorang pun tanya la harga untuk model PN-968. Dia cakap RM89, paling kurang boleh bagi RM85. Cik Dila pun tanya la apesal kawan saya beli RM40 je?? Dia bagi senyum goat and cakap, akak nak yang AP ke?? Saya just ada yang ORI je kak.

Tapi sebab nak cepat, cik Dila just mintak tips nak kenal yang AP and yang ORI, and tanya yang paling bagus yang mana?? Dia cakap yang paling bagus, powerbank ROMOSS.. powerbank ni tak se PEMESS Pineng tapi kualiti tip top..

Korang boleh la tengok-tengok tentang Powerbank Romoss ni kat romoss.


Harga dia memang mahal tapi kualiti memang terbaikk!! kalau korang ade yang berminat, dengan cik Dila still ada 3 pcs yang belum bertuan, harga memang jauh lebih RENDAHH dari kat pasaran..
Boleh la Whatsapp cik Dila : 0193478842.. 


Tuesday, 25 November 2014

Konvokesyen UiTM ke 81

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, hujung minggu lepas cik Dila berkesempatan bawak Aimy jumpa aunty and uncle dia yang tinggal kat Putrajaya. Biasa nya susah nak pergi sana walaupun jarak dekat tapi sebab selalu ada aktiviti lain kat Melaka.

Tapi yang tak syok nyer, time kitorang pi sana, diorang pulak busy dengan projek konvo kat UiTM. Macam yang korang tahu la, abang ipar cik Dila ni part time photografer. (betul ke ejaan tu?)..  So, dia dah terambikk projek yang superrr busy and superrr masyukk ni.

Kesian pulak tengok Aimy dapat main-main kejap je ngan aunty and uncle. So, sebelum balik Melaka, kitorang singgah la tengok booth diorang kat tapak konvo tu. Booth diorang yang no .2 and penuh ngan student sampai ade yang booking sebelum masuk dewan, kitorang pun duduk kat luar je sebab kat dalam studio penuh ngan family and student-student yang dok isi form and pilih pakej.





Tahniah la kat adik-adik yang dah genggam skrol, memang rasa puas hati lepas struggle untuk dapat skrol tu kan?? Bila tengok student konvo, teringin pulak nak jadi student balik.. Tapi rasa kesian pulak kat Aimy and 'orang kat dalam' ni..

So, kalau ade yang berminat nak tanya pakej or nak PAHATTT foto kejayaan korang, boleh la tengok FB PNG Graduate Photography atau boleh la Whatsapp, wechat or pape je la dengan :

+6012.272.8941
+6016.725.2906

Diorang punyer servis memang terbaikk la.. Cik Dila senyum je tengok diorang dok layan makcik-makcik yang mintak diskaun.. Confirm dapat diskaun la makcik!


Tq for reading okeyh.. Sila KLIK..

Monday, 24 November 2014

Muzium Penjara di Melaka

Assalamualaikum..

Hye all.. Last week, hari Khamis, 20hb November,2014 Muzium Negara Malaysia telah merasmikan Muzium Penjara di Banda Hilir, Melaka. Haa, skema giler ayat cik Dila ni kan?? Bukan ape, nak bagi nampak formal cam pembaca berita or wartawan la. Tapi tak ade la nak buat pantun segala bagai cam Karamsigh Walia, nanti jadi KARAM DI LAUTAN CINTA pulak..

So, secara rasminya bertambah la tempat untuk di lawati di Melaka ni. Kalau sebelum ni korang datang Melaka je, pi melawat Muzium Samudera, Muzium Kapal Selam, and tempat-tempat bersejarah yang lain, this trip korang boleh la masuk melawat penjara.

Cik Dila pun tak berkesempatan nak masuk lagi, cuma tahu dah dirasmikan je. Lagi satu cik Dila memang tak berani nak masuk tempat-tempat camtu. Lagi-lagi dengan Aimy. Nanti tak pasal-pasal ade yang 'berkenan' dengan Aimy.



Ni je yang sempat di snap ketika majlis perasmian. Almaklum ler, da tengahari..panas pulak tu. So, semua nak settle kan majlis perasmian ni cepat-cepat. Cik Dila memang suggest la kalau korang datang ke Melaka, jom la melawat ke Muzium Melaka ni. Boleh la korang tengok and bayangkan apa yang banduan-banduan tu rasa time kat dalam. Selain tu, boleh gak dapat kesedaran kat semua supaya tak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang dunia. 

p/s : Undang-Undang Allah jangan la sesekali kita langgar.Sesungguhnya, neraka itu pasti kepada manusia yang melanggar larangan Allah. Nauzubillah..


Thursday, 20 November 2014

Original atau 'Tiruan'??


Assalamualaikum..

Hari ni cik Dila update entri pepagi sebelum Aimy bangun.. Bukan ape, kalau dia dah bangun, nanti akan jadi dua orang pulak yang menulis entri dalam blog cik Dila ni.. Paham ke idokk?? Nanti ada pulak yang nyanyi lagu Keliru sebab apa yang cik Dila tulis tu maksudnya tak sampai.

Emm, semalam cik Dila terbaca luahan rasa ketidakpuasan hati Innanie Ariffin bila entri dia telah di 'copypaste'. Hurmmm, cik Dila maybe bukan orang yang tepat untuk mengulas isu tersebut but I'm always talk to myself, 'BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI'. 

Haa, ape related nya?? Ye la, bila kita berdiri atas kaki sendiri, kita akan usaha sendiri. Usaha mencari idea, usaha untuk menulis, usaha untuk menarik trafik.. pendek kata, hidup ni memang perlu berusaha. Jangan menunggu semua untuk di suap.



Bagi cik Dila, jadi blogger ni cukup senang, just create a blog and u dah jadi blogger but nak tarik trafik or nak buat entri tu yang susah. But u must be creatif. Kalau rasa tak kreatif or tak ada idea, tak payah nak copy segala bagai untuk update blog. Cuba letak diri kita kat tempat orang di tiru itu.. and baru kita tahu susah tak menjadi 'dia'..


So, sentiasa la tanya diri.. Nak yang Ori or Tiruan??


Tqvm for reading tulisan yang tak seberapa ni. sila KLIK!!

Monday, 17 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00


Assalamulaikum..

Hye all.. Happy weekend. Ape aktiviti korang hari minggu ni? Bawak anak jalan-jalan ke?? Ke keluar dating?? Kalau keluar dating, jangan sampai tak hengattt dunia okeyh..

Cik Dila tak ada aktiviti menarik minggu ni. Just bawak Aimy jalan-jalan pusing Bandar Melaka yang always jammed.. Melaka tak jammed?? Mimpi la sangat kalau Bandar Melaka ni tak jammed. Sebab tu kalau nak release tension, cik Dila lagi suke kalau keluar dari Bandar Melaka. 

Tapi entri ni bukan pasal aktiviti hujung minggu tapi pasal Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750  yang cik Dila terrrperasan last week. Actually, Cik Dila nak join bukan sebab hadiahnya tapi sebab nak sharing tentang breastfeeding (BF). Haa, korang jangan ingat kami mak-mak ni guna BF untuk BOYPREN je tau...



Cik Dila memang sebelum ni 'working wife' and cik Dila 'resign' masa umur Aimy cecah 13months. Bukan sebab malas or dah rasa kaya tapiii rasa nak spend more time with her. Ye la, balik kerja je badan and otak dah penat, Aimy pulak tengah growing up.. So, she need her beloved ummi to teach her.. Haha.. Alasan la sangat!!!!

Walaupun cik Dila bekerja tapi Cik Dila still bagi Aimy 'susu badan' dari umur dia sehari hingga la umur dia setahun. Niat di hati nak cukupkan 2 tahun tapi 'tersangkut' pulak.. kena la stop BF sebab nanti nutrient tak cukup untuk Aimy, Ummi and dengan yang 'kat dalam'.

Time BF, cik Dila rasa rapat sangat-sangat dengan Aimy. Ye la, asal nak susu je peluk kita, confirm  la rapat. ye dok?? And bila dah stop BF, dia lebih rapat dengan papa dia...  Jelesss ummi.

Selain dari rapat, poket kami pun 'padat' jer. Sebab?? Ye la, susu ummi dia ni free of charge je dik oiii! Papa dia suka la sebab tak payah nak pening-pening buat bajet untuk susu. Susu yang FOC ade, buat apa nak beli susu formula yang paling murah pun RM30 for 900g?? Seminggu dah kena beli lagi.

And kalau korang perasan la kan, doktor-doktor dok suggest BF sebab baby yang BF ni antibodi dia lagi kuat. cik Dila tengok Aimy susah nak demam time dia BF secara ekslusif, tiap kali inject pun dia tak pernah demam. Tapi bila cik Dila dah mix dengan susu formula, dia baru demam and selsema tapi tak ade la teruk bebenor.

So, cik Dila memang happy sesangat la kalau lagi ramai 'ibu muda' atau 'young mothers' yang alert tentang kelebihan BF ni. Tak payah nak pikir nak cantik je. Dah cukup 2 tahun BF, cari la segala macam jamu untuk kasi anjal balik korang punyerr aset tu.

Haa, alang-alang dah terrrjoinn Contest Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750.00 ni, harap-harap la ade peluang and rezeki nak menang mane-mane hadiah untuk 'orang kat dalam' ni. Kali ni memang betul-betul berazam nak cukupkan BF sampai umur dia 2 tahun. Insha Allah, niat yang baik biasanya dipermudahkan olehNya..

Tq for reading tulisan merapu cik Dila ni okeyh.. Sila KLIK!



Monday, 10 November 2014

5 cara cukupkan gaji RM2k sebulan

                             Assalamualaikum..

Malam-malam ni aku nak bagi tips sebab nak sahut seruan kerajaan untuk berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Kenapa 'aku' bukan cik Dila as usual?? Saje je nak ambik mood..

1. Beli barang keperluan
Ni memang point penting. Disiplinkan diri untuk listkan awal-awal apa yang korang nak beli untuk gaji bulan ni. Contohnya,bulan  November..korang dah listkan barang dapur yang nak top up, nak renew yang dah expired or lain-lain.

2. Elakkan makan di luar
Haa, ni memang boleh jimat. Korang perlu rajin la masak. Tak salah sebenarnya sekali-sekala nak makan kat luar, ye la mesti boring duk makan yang kita masak je tapi elakkan or kurangkan. Cuba korang kira, sekali makan paling koman pun habis dalam RM 20.. kalau dah 5x korang dok pi, tak ke cecah ratus..

3. Jimatkan elektrik
Ni pun langkah berguna gak sebab sekarang kadar tarif dah naik. Kalau sebelum ni bil RM 20, sekarang naik la RM30 or lebih. So,ambik la langkah bijak iaitu tutup suis time korang pergi kerja or keluar rumah. Tutup semua lampu time korang tidur, guna timer untuk aircond, tutup heater time tak guna and ready air dalam termos.

4.Recycle
Korang mesti selalu tengok iklan recycle barang-barang kan? Tapi jangan tengok je ye.. cuba la amalkan. Tin kosong,botol plastik, kertas tu jangan la main buang je. Kalau korang memang dah buntu sangat nak buat apa,korang kumpul and pi jual. Boleh gak dapat duit walaupun tak sebulan gaji.

5. Menabung
Amalan ni mak bapak kita dah ajar dari kecik lagi. Aku ingat lagi dolu-dolu ayah aku selalu buatkan kitorang tabung dari buluh. Almaklum ler, tak mampu nak beli tabung gajah, dolu-dolu tabung gajah tu mahal. Aku pulak bukan anak tunggal tapi ramai adik beradik. Bila penuh je,ayah aku akan pecahkan. Lepas tu kitorang sama-sama kira. Kalau cukup RM50 or lebih,terus esoknya ayah aku gi bank. Kalau tak,kena la menabung lagi.

Lastly, we must back to basic. Korang jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Walaupun gaji korang dah cecah RM10k tapi kalau korang lupa padaNya,memang akan sentiasa rasa tak cukup. And 1 lagi, bila dapat gaji tu ringan-ringankan tangan transfer duit kat mak bapak dulu. Lepas tu korang habiskan la untuk yang lain.

   Tq for reading apa yang aku dok merapu ni..

BAKAT atau RUPA??


Assalamualaikum..

Akademi Fantasia (AF 2014) dah berjaya melabuhkan tirainya semalam. Mesti banyak suka-duka and kenangan yang tertinggal kepada pelajar, tenaga pengajar, juri, host and we oll sebagai penonton or pengundi. Cik Dila tahu ramai gilerrr yang tak puas hati dengan result semalam kan??

Well, itu la AF dik! Realitinya di sini!




Kita sebagai penonton, hanya mampu pasghah okeyh... twitter cik Dila banjirr dengan ayat-ayat terkezutt bila AMAN jadi naib juara. And cik Dila sendiri pun macam tak percaya.

tapi... ni la namanya rezeki. Walaupun suara dia okey-okey jer tapi dia berjaya mencuri undi kesian daripada penonton Malaysia. Well, we oll know rakyat Malaysia memang jenis mudah kesian, ringan tangan nak menderma AFUNDI.

Anyway, tahniah la Aman. Even retisss yang cik Dila fav sangat boleh lupa lirik time final but she's still strong to finish it. Memang terbaikkk la Nuha. sedikit la rasa 'ralat' sebab lagu 3 suara memang susah and Nuha pulun untuk nyanyi sorang-sorang...

So, AF 2014 berjaya membuktikan bahawa berbakat atau tak, itu bukan keutamaan tapi yang penting ada rupa. Aman memang ada rupa yang boleh di "market" kan. Good Luck Aman... Dalam AF anda dah berjaya, hopefully perjalanan seni anda tidak terhenti dan buktikan 'Bidang Seni memang Bidang anda!'


tq for reading...

p/s: when Allah says, rezeki itu milik kita.. jangan pernah menidakkannya!

Sunday, 9 November 2014

Positif ker??


Assalamualaikum..

Hye all..dah seminggu cik Dila tak update pape entry..bukan merajuk  tapi busy mengemas and melayan Aimy. Yela, dia dah makin laju jalan, makin 'rajin' pulak dia tolong ummi dia ni mengemass!

Haa, hari ni nak menconteng and merapu tentang positif. tapi bukan pasal result Dato' Lee Chong Wei yang positif tu okeyh. Yang tu kita tak boleh nak komen lebih-lebih, cuma boleh berharap masih ada sinar untuk beliau. Jangan 'gantung' raket dengan isu panass!

Cik Dila sebenarnya nak share dengan korang untuk sentiasa positif. Positif Thinking ni penting untuk membuat kita sentiasa motivated. Ye la, kita tak tahu apa nasib kita. Cam Cik Dila, kadang-kadang terbit gak rasa jelesss tahap gaban bila tengok member-member lain dah ada aset sendiri, ade kereta sendiri, ade rumah sendiri, ada tanah sendiri (walaupun tanah dalam pasu).

And time ni la penting nya positif thinking. Rezeki and nasib kita tak sama dikk! Ada kawan-kawan cik Dila yang cakap diorang jeless sebab cik Dila dah ada keluarga, ada Aimy and incoming baby.. ada husband tempat bergantung..Walaupun diorang ada kerja, ada gaji bulan-bulan tapi diorang masih mencari calon suami, anak memang belum merancang lagi.

So, tak yah la nak jeles-jeles sangat sebab hidup kita ni berbeza. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Maybe hari ni kita belum nampak 'keperluan' kita tapi suatu hari nanti kita akan mensyukuri pemberian itu.

Okeyh.. itu aje coretan cik Dila. sudi-sudi la tinggal komen and jejak korang ye.. tqvm

Sunday, 2 November 2014

10 Tip Menjadi Pelajar Cemerlang SPM 2014


Assalamualaikum..

Esok semua pelajar Tingkatan Lima seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), and memang SPM bukan penentu segala tapi SPM permulaan bagi segala.. kat atas dunia ni ye adik-adik. So, cik Dila nak kongsi la sikit tips yang boleh adik-adik praktikkan di saat-saat akhir.

  1. Solat HAJAT and Restu IBUBAPA
Seelok-eloknya perbanyakkan solat hajat utuk memohon keredhaan Allah selepas kita berusaha dan belajar selama beberapa tahun. Redha Allah itu penting utuk memastikan kita dapat menjawab atau melakukan sesuatu perkara dengan tenang and lancar.

    
    2.  Tidur Awal dan Rehat Secukupnya

Malam sebelum peperiksaan, adik-adik digalakkan tidur awal dan rehat yang secukupnya. Dah tak usah nak study last-last minute. Bukan apa, supaya OTAK kita dapat REFRESH.. Haa, jangan ingat laptop je nak refresh okeyh. Kalau tak dapat rehat yang cukup, nanti boleh jadi BLANK masa tengok soalan. tapi pastikan semua ALAT TULIS, IC dah ready okeyh.


   3.  Bangun Awal and Datang Awal 

Okey, bila dah tidur awal and dapat rehat yang cukup, baru la boleh nak bangun awal dengan OTAK yang segar bugar kan?? Tu la nikmat and faedahnya. Bila bangun awal, kita punya masa yang cukup untuk mandi, solat and bersiap untuk menghadapi peperiksaan. 


   4.  Tenang dan Percaya Diri

Adik-adik perlu la bertenang. Jangan terlalu nervess atau merasa takut untuk menghadapi kenyataan. Just take a breath and think that ALL is WELL.. Percaya bahawa kita dah berusaha sebaiknya and kalau GAGAL, kita gagal selepas berusaha bukan menyerah bulat-bulat untuk gagal.


   5.  Mulakan dengan BISMILLAH

Haa, bila dah dapat kertas soalan, RELAXX je.. tak kira la kertas soalan tu warna apa. (setahu cik Dila warna kertas soalan mewakili kesukarannya).. And mulakan dengan BISMILLAH sebelum menjawab. Jangan terlalu GELOJOHHH okeyh..


  6. Catatan

Buat catatan apa yang masih adik-adik ingat. Bukan apa, usually bila kita tengok je kertas soalan, kita akan jadi nervess and taksub, so kat sini kita akan lupa apa yang kita dok baca or hafal. Untuk mengelakkan incident itu, catit la ckit kat kertas jawapan yang dah sedia atas meja.


  7. Jawab secara Strategik

Okeyh la, untuk soalan esei, adik-adik susun la jawapan tu ikut fakta yang paling penting hingga ke kurang penting. Contoh, yang main point, jangan ler di letak dekat footer.. nanti kurang la markahnya.


  8. Buat Mind Mapping

Haa, ni satu lagi teknik untuk jawap esei. Adik-adik boleh buat mind map untuk memudahkan mengingat isi-isi penting yang telah dibaca. So, tak la jawapan TERSASAR jauh nanti.


   9. Last Check 

Sebelum tamat masa menjawab, ambik dalam 10 minit terakhir untuk re-check balik apa yang adik-adik dah jawab. yela, mana tahu kan ade tertinggal isi-isi penting yang boleh memberi markah. 1 markah boleh membezakan gred tau. So, grab this upportinity...(betul ke ejaan ummi ni?)


  10. Tawakkal

Lastly, bertawakkal la adik-adik. At least kita dah berusaha sebaiknya. SPM ni permulaan hala tuju masa depan adik-adik kat dunia je.. amal kita yang membawa kebahagiaan di akhirat. Jika gagal dalam SPM, cuba lagi.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..


tq for reading.. GOOD LUCK!! sila KLIK