iklan

Friday, 10 October 2014

Penjawat Awam tidak dihargai dalam Bajet 2015?


Assalamualaikum..

Hye all.. Petang tadi Cik Dila rasa 1 Malaysia duk ngadap TV tengok Belanjawan 2015 kan?
Sebenarnya pada pendapat cik Dila yang baru setahun jagung ni, Bajet 2015 ada banyak penambahbaikan dari tahun-tahun sebelum ni. 

  • Kawalan harga barangan asas

harga barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya wajar di kawal. Kalau tak dikawal, memang mencanak naiknya.. Yang murah, bahaya untuk kesihatan, yang mahal tak mampu nak di beli. Tapi kalau betul-betul nak Bajet, masak yang stim je..Kesihata pun terjaga.


  • Kenaikan pemberian BRIM
Yang ni memang ramai yang tersenyum lebar. Untuk yang income isi rumah kurang dari 3K, BRIM naik dari RM750 kepada RM950.. Haa, tak senyum ke kau dengar makcik?? tapi biasa la, mesti ada suara-suara kera SUMBANG, "nanti kena simpan duit BRIM untuk cover minyak naik 20sen". syukur je la makcik, at least dapat merasa. jangan di beri betis,makcik mintak paha.


  • Bonus kakitangan kerajaan dan pesara
Kakitangan kerajaan pun mesti senyum kambing dengar Bajet ni kan? Yela, bulan Januari ni masyuk berganda-ganda. Tapi Cik Dila tahu, ramai yang mengharap ada kenaikan gaji. Kenaikan gaji tetap adoo tapi untuk PAK MENTERI ajoo..korang cuma telan ayak liuq je la dengar ye. Kita mengharap kenaikan gaji sebab cost of living dah naik, bajet anak makin mahal and BRIM hanya dapat 3x setahun untuk Bajet 2015.




Itu aje la berita gumbira untuk rakyat kelas bawahan macam cik Dila ni. Korang nak lagi gembira, tengok la list Bajet 2015 dalam BH esok atau kat  Astro Awani..

tq for reading...