iklan

Saturday, 11 October 2014

Income blogger Malaysia


Assalamualaikum..

hye all... Selamat berhujung minggu. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pekerja. Yang fulltime housewife pun tunggu jugak hari minggu kan sebab hari minggu la hari berkumpul satu keluarga. Okey la..hari ni cik Dila nak share tentang passive income dari BerBLOG..

  • Bina blog dan buat duit
Hari ni ramai yang berebut-rebut nak buat blog, nak jadi blogger. Yes, buat blog and become a blogger as easy after korang sign up, dah jd blogger la tu. Tapi nak buat duit dari blog sangat susah and jangan set kat kepala yang hari ni jd blogger, esok boleh dapat duit ribu riban okeyh. Tak semua blogger tu BERTUAH nak dapat income giler banyak dalam masa 2 hari. Tapi tak MUSTAHIL kalau korang rajin giler usaha..


  • Buat blog fulltime
Jangan perJUDIkan diri and kerjaya korang hanya untuk blog. Buat blog sebagai part-time and place untuk release tension or mengarut je okeyh. Bukan sebab cik Dila JELESSS or pape tapi kalau korang just a newbie, and mengharap untuk berhenti kerja sebab nak jadi blogger, memang sangat NONSENSE. *betul ke ejaan ummi ni nak??


  • Entry yang MELETOP
Haa, ni lagi satu citer.. kalau korang nak dapat income dari blogging, korang MESTI tulis entry yang MELETOP tak hengat dunia.. kalau setakat entry yang suam-suam cam cik Dila ni, tak sampai 2 kerat pun yang nak baca. Tapi cik Dila tetap nak menulis gak untuk mengisi masa lapang yang sebenarnya tak seberapa nak lapang. 

  • Cara buat duit
Selain dari tu, korang kena la tahu jalan mana nak dapat income. Contoh yang femess kat Malaysia ni Nuffnang, Churpchurp and 8share. Ni antara yang cik Dila aktif la. Kalau korang ada sumber-sumber lain, boleh la komen. sharing is caring my dear..


  • Iklan kan blog korang
Bila dah ada blog, promote la blog korang tu kat kawan-kawan or sedara mara. Jangan malu and shyshy cat pulak. dari situ la korang boleh tarik reader or trafik untuk dapat income. Share je blog korang lam FB or twitter kalau nak lagi cepat dapat trafik.


  • Jangan MALASS..
Penyakit M ni jangan ada dalam diri kalau betul-betul nak buat duit dari blog. Korang jangan fikir orang kat luar sana HADAP nak baca blog je. Uishh,kasar giler ayat ummi ni nak! Tu untuk menyedarkan adik-adik yang fikir hari ni buat entry and tunggu bulan depan pulak nak buat entry lagi. Korang kena rajin menulis supaya reader and advertiser tahu yang blog korang tu tak BERHABUKkk..


tu aje yang cik Dila nak share untuk masa ni.. tunggu ada idea, Cik Dila mengarut lagi okeyh.

tq for reading... Sila KLIK..