iklan

Friday, 31 October 2014

Make Up Artis yang "PANAS" di Kelantan


Assalamualaikum...

hye all.. saja nak habiskan hari Jumaat penghulu segala hari dengan entri yang PANASS..Ni nak share pasal sorang akak yang memang HOTTT giler baq hang. Full name dia NURUL AIN ABDULLAH tapi cik Dila just panggil 'Kak Ain'. Dia hot bukan sebab kisah-kisah melampau atau terlampau okeyhhh tapi sebab dia MUA yang artistik and bombastikk..


Haa, ni la orang nye.. tengok muka pun dah lawoo, mekap orang mesti lagi lawoo.. Tapi cik Dila cakap betul, kalau korang betul-betul nak guna servis akak ni untuk tunang, wedding or pape event yang korang rasa nak nampak cantik, better korang BOOKING awal-awal. Bukan ape sebab schedule akak kita ni memang cepat FULL.. Nanti tak pasal-pasal korang telan air liuq ja!



Yang ni plak antara hasil-hasil solekan Kak Ain ni. Sumpah memang kelasss artis la muka korang kalau dah kena conteng-conteng ngan kak Ain ni. Tapi bukan conteng-conteng biasa okeyh, conteng berilmu and berKELASSS!

Jangan nak tanya tentang harga okeyh coz cik Dila just share yang cik Dila rasa korang patut tahu je. Nak tahu details tentang harga or date yang avaiable, korang tanya kat FB NURUL AIN . Nanti boleh la korang godek-godek gambar yang Gojess hasil sentuhan kak Ain ni okeyh..

Tq for reading..sudi-sudi la KLIK..

Thursday, 30 October 2014

~ DAPAT CPUV NUFFNANG ~


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selepas berkecimpung dalam penulisan blog carca marba ni, cik Dila dapat cikit hasil. Walaupun cik Dila menulis blog sekadar suka-suka nak isi masa yang free time Aimy tidur je tapi at least dapat gak tengok hasil walaupun tak sebanyak yang redmummy atau  beautifulnara tapi dah boleh senyum sampai ke telinga sebab cik Dila kan newbie...

Tapi terima kasih sangat-sangat kat nuffnang sebab menyedari "kewujudan" blogger kerdil cam cik Dila ni. At first cik Dila tak mengharap nak dapat CPUV ni sebab ramai blogger dok cakap susah nak dapat and diorang pun dok tunggu bertahun baru dapat. Ni kan pulak cik Dila yang baru aktif menulis nak dapat CPUV, memang idoookk ler kata orang Perak.

Tu la orang cakap, jangan dok pikir negatif sesangat ler. Rezeki ni masing-masing. Yang penting usaha. Bila dapat CPUV walaupun CIPUTTT tapi buat cik Dila lagi semangat nak menulis and nak share input berguna untuk yang setia dengan blog cik Dila ni..(ada ke yang setia?)


Haa, 1 je tapi ko dah buat entry panjang berjela?? Tak pe la.. cikit-cikit lama-lama jadi bukit tau.. Cik Dila nak kumpul banyak-banyak and mana tau boleh challenge income REDMUMMY macam yang kat bawah ni


tq for reading okeyh..sila KLIK..


Tuesday, 28 October 2014

Tips kulit bayi putih bersih

Assalamualaikum...

Haa..ni cik Dila share sikit tips untuk dapat kulit baby yang putih bersih..korang jangan bagi ayat klise yang "putih la sebab mak nya putih"..mak nya tak putih pun okeyh.. tapi time pregnant kat aimy,cik Dila memang tak suka langsung minum soya. Susu pun minum bila kena paksa dengan gula2ati. Yang cik Dila amalkan ialah minum pati delima. Pagi and malam cik Dila dok minum pati delima je. Masam-masam pun okey je asalkan yang gula2ati buat. And alhamdulillah kulit aimy putih melepak je macam anak cina. Lagi satu dia tak ada alergik kat pape. Syukur sangat-sangat la.. korang pun try la. Cik Dila bukan minum jus delima yang harga ratus-ratus sebotol pun, cukup je pati delima Gulsan, sebotol paling mahal pun RM18 je.. letak pati 2 sudu besar,campur air sejuk, dah ready untuk minum.. tersangat la senang..

Tq for reading okeyh.. kalau korang ade nak share pape yang korang amalkan time preggy,sudikan lah comment

Aman AF 2014 "DISINGKIR"

Assalamulaikum...


Kembali ke alam penulisan selepas 2 minggu bercuti dari mengadap laptop usang tetapi banyak berjasa ni. Korang camne?? or patut cik Dila tanya.. korang kat mana? korang kat mana??

okeyh la..berbalik kepada tajuk panass cik Dila..sebenarnya cik Dila TERsangat tak puass hati sebab AMAN AF 2014 masih ada dalam AF..seriusss la cik Dila rasa dia tak patut berada di dalam akademi. Dia membuang duit peminat je sebab undi tetapi mutu persembahan still macam nyanyi karaoke.

Tetapi REALITI nya di sini..pelajar yang ada bakat dan suara tetapi tak ada rupa akan TERSINGKIR dan yang suara macam KATAK tapi ada rupa akan terus berada dalam akademi.. Last-last bila dah habis musim, terus berkubur entah ke mana..

So, korang yang memang FANATIK AF, please la tengok BAKAT bukan RUPA..masih belum terlambat untuk singkirkan pelajar yang tidak layak berada di final. Harap korang tahu la siapa pelajar yang tidak layak itu okeyh..


Sekadar pendapat cik Dila yang memerhati bakat baru dunia hiburan dari jauh.

tq for reading..

Saturday, 11 October 2014

Bahaya Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum..


Ni cik Dila just nak share..bukan nak jual or pape okeyh.. and Cik Dila just makan je, bukan AHLI Shaklee pun. Orang kata, yang elok ni molek la kalau di kongsi. Vitamin Shaklee ni memang dah FEMESS seantero dunia la rasanya sebab sitisitusanasini duk citer pasal benda alah ni je kan? cik Dila just nak menempel info tentang Vitamin E. Korang baca la ye. 


Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
– Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
– Mengurangkan parut & masalah jerawat
– Mengurangkan tekanan darah
– Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
– Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
– Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
– Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
– Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
– Merendahkan kadar kolesterol
– Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
– Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
– Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
– Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
– Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
– Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu




Kalau korang nak tau lagi detail pasal Vitamin E or produk Shaklee yang lain, korang WhatsApp la akak ni.. Or lagi mesraa dengan panggilan Kak Mimi. Umur dah cecah 3series tapi muka maintain awet muka.. Body shape KALAH anak dara. Pendek kata memang BAHAYA la Vitamin Shaklee ni. Bahaya sebab akak-akak dah kalahkan adik-adik..LOL

ESP Shaklee

Assalamualaikum..

Hye all.. ni sikit nak share tentang vitamin yang HOT..aka SHAKLEE..iaitu ESP..

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP ni jadi SANGAT popular dan produk yang paling laris ialah..kerana ESP membekalkan sumber proteinSemua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. 



KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Keburukannya ialah bila hanya beli tapi tak minum and minum ikut suka bukan ikut sukatan yang di syorkan oleh SHAKLEE..

Kalau korang ade terasa nak mencuba, boleh la contact Mimi Marlina 012-9626800. nanti boleh ler tanya akak ni camne dia apply ESP untuk dapat kulit gebuss..



Income blogger Malaysia


Assalamualaikum..

hye all... Selamat berhujung minggu. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pekerja. Yang fulltime housewife pun tunggu jugak hari minggu kan sebab hari minggu la hari berkumpul satu keluarga. Okey la..hari ni cik Dila nak share tentang passive income dari BerBLOG..

  • Bina blog dan buat duit
Hari ni ramai yang berebut-rebut nak buat blog, nak jadi blogger. Yes, buat blog and become a blogger as easy after korang sign up, dah jd blogger la tu. Tapi nak buat duit dari blog sangat susah and jangan set kat kepala yang hari ni jd blogger, esok boleh dapat duit ribu riban okeyh. Tak semua blogger tu BERTUAH nak dapat income giler banyak dalam masa 2 hari. Tapi tak MUSTAHIL kalau korang rajin giler usaha..


  • Buat blog fulltime
Jangan perJUDIkan diri and kerjaya korang hanya untuk blog. Buat blog sebagai part-time and place untuk release tension or mengarut je okeyh. Bukan sebab cik Dila JELESSS or pape tapi kalau korang just a newbie, and mengharap untuk berhenti kerja sebab nak jadi blogger, memang sangat NONSENSE. *betul ke ejaan ummi ni nak??


  • Entry yang MELETOP
Haa, ni lagi satu citer.. kalau korang nak dapat income dari blogging, korang MESTI tulis entry yang MELETOP tak hengat dunia.. kalau setakat entry yang suam-suam cam cik Dila ni, tak sampai 2 kerat pun yang nak baca. Tapi cik Dila tetap nak menulis gak untuk mengisi masa lapang yang sebenarnya tak seberapa nak lapang. 

  • Cara buat duit
Selain dari tu, korang kena la tahu jalan mana nak dapat income. Contoh yang femess kat Malaysia ni Nuffnang, Churpchurp and 8share. Ni antara yang cik Dila aktif la. Kalau korang ada sumber-sumber lain, boleh la komen. sharing is caring my dear..


  • Iklan kan blog korang
Bila dah ada blog, promote la blog korang tu kat kawan-kawan or sedara mara. Jangan malu and shyshy cat pulak. dari situ la korang boleh tarik reader or trafik untuk dapat income. Share je blog korang lam FB or twitter kalau nak lagi cepat dapat trafik.


  • Jangan MALASS..
Penyakit M ni jangan ada dalam diri kalau betul-betul nak buat duit dari blog. Korang jangan fikir orang kat luar sana HADAP nak baca blog je. Uishh,kasar giler ayat ummi ni nak! Tu untuk menyedarkan adik-adik yang fikir hari ni buat entry and tunggu bulan depan pulak nak buat entry lagi. Korang kena rajin menulis supaya reader and advertiser tahu yang blog korang tu tak BERHABUKkk..


tu aje yang cik Dila nak share untuk masa ni.. tunggu ada idea, Cik Dila mengarut lagi okeyh.

tq for reading... Sila KLIK..


Friday, 10 October 2014

Penjawat Awam tidak dihargai dalam Bajet 2015?


Assalamualaikum..

Hye all.. Petang tadi Cik Dila rasa 1 Malaysia duk ngadap TV tengok Belanjawan 2015 kan?
Sebenarnya pada pendapat cik Dila yang baru setahun jagung ni, Bajet 2015 ada banyak penambahbaikan dari tahun-tahun sebelum ni. 

  • Kawalan harga barangan asas

harga barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya wajar di kawal. Kalau tak dikawal, memang mencanak naiknya.. Yang murah, bahaya untuk kesihatan, yang mahal tak mampu nak di beli. Tapi kalau betul-betul nak Bajet, masak yang stim je..Kesihata pun terjaga.


  • Kenaikan pemberian BRIM
Yang ni memang ramai yang tersenyum lebar. Untuk yang income isi rumah kurang dari 3K, BRIM naik dari RM750 kepada RM950.. Haa, tak senyum ke kau dengar makcik?? tapi biasa la, mesti ada suara-suara kera SUMBANG, "nanti kena simpan duit BRIM untuk cover minyak naik 20sen". syukur je la makcik, at least dapat merasa. jangan di beri betis,makcik mintak paha.


  • Bonus kakitangan kerajaan dan pesara
Kakitangan kerajaan pun mesti senyum kambing dengar Bajet ni kan? Yela, bulan Januari ni masyuk berganda-ganda. Tapi Cik Dila tahu, ramai yang mengharap ada kenaikan gaji. Kenaikan gaji tetap adoo tapi untuk PAK MENTERI ajoo..korang cuma telan ayak liuq je la dengar ye. Kita mengharap kenaikan gaji sebab cost of living dah naik, bajet anak makin mahal and BRIM hanya dapat 3x setahun untuk Bajet 2015.




Itu aje la berita gumbira untuk rakyat kelas bawahan macam cik Dila ni. Korang nak lagi gembira, tengok la list Bajet 2015 dalam BH esok atau kat  Astro Awani..

tq for reading...

Thursday, 9 October 2014

Blogger Hot


Assalamualaikum..

Hye all.. Mesti semua dah kenal siapa Hanis Zalikha kan? Kalau korang tak kenal, sila la KLIK sini. Hanis Zalikha ni lebih Famous Amous dengan panggilan Keknis. cik Dila sebenarnya suka Keknis ni coz dia very down to earth. and lagi satu sebab dia ex-student UiTM Di Hatiku. Bila baca tulisan dia, terasa sangat-sangat mengenali tapi sebenarnya just tengok kat TV,IG je. Tak mampu la ummi nak jumpa-jumpa retiss ni nakk!!

Kalau korang terasa nak jadi blogger yang Famous Amous macam Keknis ni,korang kena la born with brain.. Haa, maksudnya kena berilmu. Semua orang berilmu la Cik Dila..Okey la,jangan emooo..Maksud Cik Dila kena la pandai menjaga tutur kata, pandai bergaul, pandai berfesyen.. pendek kata semua kena pandai la dikk..

And cik Dila percaya tak mustahil la lebih ramai blogger akan jadi famous amous cam keknis ni kalau kena cara dan gaya. Cuma keknis ni adalah antara blogger yang bertuah sebab dia ada rupa, ada pendidikan, ada gaya, ada harta, ada pakwee.. Oppps, terlebih sudah!!!


okey la..tq for reading..sila la KLIK..


*gambar dari uncle google

Nuffnang menipu blogger?

Assalamualaikum..

Hari ni cik Dila nak share cara-cara nak jadi KAYA dengan NUFFNANG. Rasanya ramai giler yang dah tahu tentang  NUFFNANG ni, iaitu satu medium utuk blogger buat duit and satu medium untuk advertiser buat iklan. 

  1. Kekalkan status "Gliterrati".
Status ni penting bagi sebab Nuffnang  appreciate sesiapa yang setia dengan diorang..so, Nuffnang bagi specialty kepada sesiapa yang tak MENDUAKANnya..haa,so korang jangan la nak curang-curang pulak.


    2.  Letak Iklan

Haa, selain tu korang kena la pandai nak letak iklan Nuffnang ni. Kena la pilih tempat yang sesuai and jangan cakap menyemak pulak sebab nanti takut diorang pulak rasa semak nak bagi earning kat korang.


    3.  Update Profile dan Blog Survey

Selain tu, korang kena la ringankan tulang untuk update korang punya Bio Profile and Blog survey kat NUFFNANG. Nanti diorang akan TERPERASAN kewujudan blog korang.


   4.  Submit ticket kepada Nuffnang

Ni lagi satu cara untuk buat diorang Terperasan kewujudan korang iaitu dengan ringankan tulang untuk submit ticket. Apa ticket?? Ticket ni pertanyaan  ye adik-adik. tanya la pape soalan pun, diorang akan tetap jawab.


    5.  Sila maintain trafik ke blog

Yang ni memang susah kalau kita blogger newbie sebab kena pastikan kita punya entri memang MELETOP la kalau nak tarik sampai 100UV per day..Tapi tak mustahil kalau korang rajin nak merapu kat blog korang.


tq for reading okeyh...Sila KLIK NUFFNANG cik Dila.

Friday, 3 October 2014

Pertunangan yang simple

Assalamualaikum..

Hye all.. Cik Dila nak citer tentang majlis pertunangan cik Dila yang tersangat SIMPLE tapi bermakna. yela, bertunang dengan POJAAN ati, gilerr kalau TAK bermakna okeyh..


Majlis ni tersangat la SIMPLE..tak ada pelamin bertunang pun and just invite saudara terdekat and BFF. Tapi cik Dila syukur sangat sebab walaupun SIMPLE tapi meriah, cuma sedikit sedih sebab GULA2ATI cik Dila tak dapat balik semasa majlis bertunang ni. Foto bertunang taken by PNG, memang tersangat kreatif sebab gambar dari diorang, cik Dila rasa majlis grand pula. So, cik Dila suggest kalau korang nak save bajet untuk wedding yang gempak, majlis bertunang buat yang biasa-biasa je. Haa, nanti bila wedding, korang ambik la pelamin yang ribu-riban pun..yang penting gambar kena gempak sebab gambar je yang akan tahan lama untuk tunjuk kat anak cucu cicit kita..


tq for reading...

Thursday, 2 October 2014

Bahaya SELFIE

Assalamualaikum..

Hye all..sorry la cik Dila nak share sikit pendapat cik Dila tentang hobi yang semakin berkembang pesat di Malaysia ni. Nowadays, manusia macam dah terlalu taksub dengan diri sendiri. Okey la cik Dila tak kesah kalau korang cakap, "kami bersyukur dengan anugerah Tuhan". Boleh terima la kalau BETUL begitu.
Cik Dila bukan jelesss okeyh..Tapi bila dah dunia makin maju,teknologi makin canggih, minda manusia semakin ROSAK..kenapa cik Dila cakap ROSAK?? Yela, pergi tempat-tempat ibadat pun korang nak SELFIE ke?? apa objektif nya? Apa logiknya pada akal fikiran Muslim?
Sampaikan ada yang pergi Mekah untuk buat ibadat Haji pun buat selpiee..Nonsense la okeyh!!
Kecanggihan dan kemajuan teknologi harus seiring dengan minda yang MANTOPP!
Jika perangai begini yang seorang Muslim tunjuk kan, macammana penganut agama lain nak respect kita? Tunjukkan Islam yang terbaikk!
Cik Dila tak pernah pula tengok orang Cina SELFIE semasa diorang sembahyang atau semasa pergi beri penghormatan kepada saudara yang meninggal. Kalau ada and Cik Dila terlepass pandang, sorry la yea!
Cik Dila pun tak pernah tengok orang India selfie di KUIL. atau semasa majlis keagamaan diorang.
SO, harap-harap la kita sebagai Muslim pun boleh jaga diri and tindakan. Jangan terlalu OBSESSS dengan diri anda kerana semuanya sementara.

tq for reading... SILA KLIK!

Kesan Kenaikan harga barang kepada surirumah

Bermula 2hb Oktober 2014, harga minyak dari RM2.10 naik kepada RM2.30..mungkin ramai yang tidak kisah dan berkata,"ala,20 sen je". Tapi 20sen sebenarnya memberi IMPAK yang amat besar kepada golongan surirumah. Nanti ada yang akan bercakap' "tu la,sape suruh ko tak keje". Golongan surirumah tidak semuanya hanya ada SPM tapi ada yang hingga Ijazah atau Master tetapi mereka memilih menjadi surirumah. Bukan kerana malas atau memilih kerja. Tetapi kerana memikirkan anak-anak dan urusan keluarga yang semakin terabai. Cik Dila memilih berhenti kerja sebulan yang lalu dan ketika melihat berita kenaikan harga minyak, terus terbit rasa menyesal tetapi rasa itu cepat terpadam apabila melihat si kecil yang baru pandai melangkah. Pengorbanan ini untuk mu sayang. Terasa tidak adil kepadanya kerana keletihan selepas pulang kerja membuatkan Cik Dila tiada masa melayan karenah si kecil hingga diri menjadi terasing.
Kenaikan harga minyak bukan memberi kesan hanya kepada yang berkereta tetapi kepada kami yang berkeluarga. Kerajaan tidak boleh memberi jaminan bahawa harga barang lain tidak akan naik, ekoran dari kenaikan ini. Oleh itu, surirumah perlu bijak untuk menceburi bidang dan kerjaya yang boleh menjaa income walaupun hanya dari rumah. Jangan terlalu memikirkan risiko kerugian tetapi yakin untuk mendapat pulangan.
Pilih la untuk bermula dengan modal yang kecil kerana anda tahu, risikonya juga kecil dan anda boleh melakukan sambil melayari internet dan melayan si kecil.
Modal RM20 tetapi jika anda rajin, anda boleh dapat income hingga 4 angka. Ambil masa untuk membaca testimoni yang telah berjaya. Ini bukan untuk kaya tetapi untuk mengurangkan beban yang sedia ada dan semakin bertambah dari masa ke semasa.
Surirumah yang tahu bahasa Inggeris juga boleh lakukan kerja dari rumah. Kerja ini bermula jam 8 pagi tetapi boleh mengikut waktu terluang untuk disiapkan. Upahnya lumayan jika anda rajin berusaha. Ataupun anda juga boleh menjual cookies. Lakukan marketing kepada yang terdekat da gunakan saluran sosial. Letakkan niat dan tujuan yang betul untuk membantu, Insha Allah anda boleh mengurangkan beban yang tercinta.

tq for reading..

Wednesday, 1 October 2014

Cara buat duit dengan menulis

Assalamualaikum..

hye all... ramai lagi antara kita yang tak tahu dengan menulis sebenarnya kita boleh buat duit. atau pendek kata boleh jana income sendiri. So, kita tak perlu la terlalu bergantung dengan kerajaan untuk dapat kerja dan gaji yang bagus selepas dah tamat belajar. 
Macam mana nak buat duit dengan menulis??
Korang  boleh menulis blog. Actually, penulisan kita boleh dapat duit jika kita tahu cara yang BETUL.. Caranya boleh klik SINI!!

tq for reading..take the first step to begin!!


Petua memutihkan gigi dengan mudah

Assalamualaikum..

hye all.. hari ni cik Dila nak share tentang cara utuk MEMUTIHKAN GIGI dengan mudah dan jimat. kenapa nak jimat?? untuk save bajett lorr!!
Okey la, cara nya ambik 1 biji lemon, perah air dan campurkan dengan soda bikarbonat. soda tu korang ambik la dalam 2 sudu besar. Lepas tu just letak dekat berus gigi korang and berus cam biasa. Perghh!! rasa gigi sangat besttt or Freshh lepas memberus. 
Atau...
Korang boleh la join CONTEST dari Darlie ni. Boleh dapat hadiah menarik. Lagipun tersangat senang..

Apa tunggu lagi, jom la JOIN and serikan gigi korang.

tq for reading..sila KLIK!!