iklan

Friday, 2 November 2012

raya oh raya

amacam raya korang??ok ke??msti sumer ok kn??
raya tahun ni HEPYYYY sesangat coz kite raya dgan yang terSAYANG..
sape lg, GULA2ATI kite la...


ni adik kite..encemmm x??
ni mak kite..LOVE MY MUM..muahh

Thursday, 1 November 2012

Resepi Ketupat Sotong

hye all..ni la makanan yang cik dila teringin sangat nak makan time pegnen. ketupat sotong ni macam dessert la bagi orang Kelate cam cik dila ni. Mula-mula ingatkan susah bebenor nak buat ketupat sotong.tapi bila dah godek-godek kat tenet, senang sangat rupenya. yang penting ada SOTONG, beras pulut, santan dan gula melaka.






haa...ni pulak sotong masak cili or orang kelate panggil, sotong goreng pedas. ni request dari Gula2ati cik dila. kalau korang rasa nak makan,sila la menggodek resepi ye..cik dila paling suka cari resepi di myresepi sebab resepi kat sini memang senang dan bila diguna pakai,memang selalu menjadi.
SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, 30 October 2012

Permulaan sebagai Blogger

Assalamualaikum..

hye all..Cik Dila ni baru nak berjinak-jinak sebagai blogger. Sebelum ni dah try tapi TERLUPA password blog lama. So,kena la  mula dari Zero To Hero balik. Fullname yang makayah bagi SITI FADHILAH BINTI MD YUNUS, short nya memang ramai yang panggil Dila or Dieylah. Cik Dila bukan la pandai SANGAT..biasa-biasa je tapi tetap nak jadi yang LUAR BIASA sebab nak buat MAKAYAH bangga. cik Dila lepasan ijazah dari UiTM Shah Alam and Puncak Alam. Cik Dila got married masa last sem, jodoh dari Allah datang awal but still boleh jadi graduate. Cik Dila ambik final paper pun masa tengah pregnant kat SWEETY.. almaklum ler, kitorang tak merancang sebab orang DOLU-dolu cakap tak elok merancang sebelum dapat sorang. So,lepas 3 bulan kahwin, dapat ler morning sickness.
Cik Dila survived ler naik bas turun bas dari Melaka ke Shah Alam untuk attend class, hantar assaigment. Sweety pula macam tahu ummi dia tengah study, morning sickness datang time hari minggu je. Sebab tu classmate tak tahu yang cik Dila ni PREGGY. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk kami sekeluarga.
So, cik Dila nasihatkan kepada korang yang dah ade pakwe,makwe..kahwin je la.buat majlis kecik-kecik pun tak apa yang penting selesaikan yang WAJIB. cik Dila bersyukur sangat Allah permudahkan cik Dila untuk menjadi isteri walaupun rasa tak confident untuk pikul tugas sebagai student and wife tapi berjaya juga. Bila dah kahwin, semangat nak study tu berkobar-kobar and tak ada fikir pakwe tengah buat apa or curang ke, sebab dia dah jadi yang HALAL untuk kita. Insha Allah, maksiat pun dah tak ada.
tu aje yang cik Dila boleh share tentang cik Dila...

tq for reading....

Saturday, 29 September 2012

Menarik di Malacca Night Zoo

                                                                    hai hai hai...

da lame teringin nak pi Malacca Night Zoo ni tapi my lovely hubby selalu x nak bwak..
dia cakap nanti penat la..
boring lar..
but lastlyyyyyyyy..
he bought me there..

                                                                 

Monday, 23 July 2012

Membuka Pekung di DADA!

Assalamualaikum..

Salam perkenalan. cik dila budak tersangat la Beginner dalam nak menyemak di blog. tak ade ape yang nak di tulis sebenarnya tetapi saje nak memeriahkan industri blogging kita.Industri ke??
cik dila memang sangat suka baca blog-blog yang sedia ada.
ternyata masyarakat kita tersangat kreatif dalam penulisan. seperti idea yang tidak putus-putus mencurah ke ladang gandum.
blog yang semestinya cik dila suka baca dan GODEK-godek ialah beautifulnara. semestinya sebab suka baca gosip-gosip panas artis Malaysia yang kadang-kadang sampai membuka pekung di dada mereka.